SEBUYAU: Semangat Maulidur Rasul semestinya menjadi pemangkin utama umat Islam mencapai kejayaan.
Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak Datuk Seri Julaihi Narawi berkata semangat ini harus menjadi pendorong dalam mencapai kejayaan.
“Di samping mencapai kejayaan duniawi dan ukhrawi, kita juga tetap beristikamah dalam meneladani Baginda SAW,” ujar beliau.
Tambah beliau, sambutan Maulidur Rasul sangat penting kerana kita dapat menghayati perjuangan Rasulullah SAW.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Sambutan Maulidur Rasul Daerah Sebuyau di Masjid Al-Muflihin di sini pada Isnin.
Julaihi merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sebuyau berharap sambutan ini juga dapat memberi makna kepada hamba-Nya yang beriman.
Pada masa yang sama, majlis sambutan tersebut menyaksikan perarakan disertai sebanyak empat sepanduk dan 10 kontinjen bermula dari Surau Darul Kurnia Kampung Jalan Sawmil menuju ke Masjid Al-Muflihin yang diiringi dengan selawat keatas Nabi SAW.




