Selangor tubuh pasukan khas pulih anak-anak GISBH

KERAJAAN Selangor akan menubuhkan pasukan khas bagi memulihkan kanak-kanak yang diselamatkan daripada premis jagaan Global Ikhwan Service and Business Holding (GISBH).

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, pasukan khas yang merangkumi agensi agama Islam dan kebajikan masyarakat itu akan membimbing kanak-kanak yang ditempatkan di pusat perlindungan sementara di seluruh negeri.

“Kita akan tubuhkan unit bertindak merangkumi dua jabatan besar iaitu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) demi menangani, mengawal serta membantu memulihkan anak-anak ini.

“Pihak kita akan bantu pastikan mereka kembali dalam aliran utama iaitu pendidikan sebenar, pekerjaan dan tidak lagi hidup dalam kepompong,” katanya.

Beliau berkata kepada media ketika melakukan kunjungan di sebuah pusat perlindungan yang menempatkan kanak-kanak yang diselamatkan daripada premis jagaan GISBH, hari ini.

Kanak-kanak tersebut telah diselamatkan dalam operasi khas, Op Global pada 10 September lalu.

Amirudin turut meluangkan masa lebih satu jam mendengar sesi taklimat yang disampaikan Timbalan Ketua Pengarah Operasi JKM, Wan Noraidah Wan Mohd Zain dan Pengarah JKM Selangor, Azmir Kassim.

Hadir sama Pengarah JAIS, Datuk Shahzihan Ahmad; Ketua Pegawai Eksekutif Media Selangor Sdn Bhd, Mohamed Fareed Mohamed Ashaaree dan Ketua Yayasan Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI, Ahmad Azri Zainal Nor.

Pada masa sama, Amirudin berkata, kerajaan Selangor akan menyediakan asatizah, sukarelawan dan perkhidmatan kesihatan menerusi pelan jangka pendek yang bermula dalam tempoh terdekat.

Tegasnya, kanak-kanak terbabit memiliki pengetahuan asas dalam ilmu pendidikan, namun didoktrin bagi menyokong fahaman serta mengukuhkan rangkaian GISBH di seluruh dunia.

“Usaha ini perlu dilakukan secara menyeluruh dengan semua pihak. Sebab itu unit bertindak ini penting untuk kita lihat satu persatu, kewarganegaraan mereka, emosi, akidah, minat dan pandangan mereka terhadap dunia,” katanya.

Polis telah menyerbu 20 premis GISBH sekitar Selangor dan Negeri Sembilan pada 10 September lalu selepas mengesyaki kumpulan itu melakukan kesalahan dalam kegiatan pemerdagangan orang dan kesalahan lain.

Dalam operasi itu, seramai 402 kanak-kanak dan remaja berusia setahun hingga 17 tahun diselamatkan selain dipercayai menjadi mangsa eksploitasi, pengabaian dan penganiayaan.

Related Posts

PM mahu FELDA terus jadi sebahagian pembangunan negara

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, semua kementerian dan agensi kerajaan perlu memastikan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) terus menjadi sebahagian daripada agenda pembangunan negara. Beliau…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Konflik Asia Barat jadi peringatan, perkukuh perpaduan dunia Islam – PM

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menyifatkan konflik yang berlaku di Asia Barat ketika ini sebagai peringatan penting kepada negara Islam untuk memperkukuh perpaduan serta berani menyuarakan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

15 tan bekalan tiba di Paitan, mangsa banjir Sugut dibantu

15 tan bekalan tiba di Paitan, mangsa banjir Sugut dibantu

Penerbangan pulang rakyat Malaysia dari Dubai, UAE dipertingkat

Penerbangan pulang rakyat Malaysia dari Dubai, UAE dipertingkat

PM mahu FELDA terus jadi sebahagian pembangunan negara

PM mahu FELDA terus jadi sebahagian pembangunan negara

Konflik Asia Barat jadi peringatan, perkukuh perpaduan dunia Islam – PM

Konflik Asia Barat jadi peringatan, perkukuh perpaduan dunia Islam – PM

Fenomena ‘masjid hopping’ meriahkan Ramadan di ibu kota

Fenomena ‘masjid hopping’ meriahkan Ramadan di ibu kota

Trans-Borneo: Sarawak sokong, mahu pelbagaikan mod pengangkutan

Trans-Borneo: Sarawak sokong, mahu pelbagaikan mod pengangkutan