Selangor percepat baik pulih rumah terjejas ribut

KERAJAAN Selangor akan mempercepatkan bantuan baik pulih dan sokongan kebajikan kepada penduduk yang terjejas akibat ribut di Taman Sejahtera, Jenjarom, Kuala Langat.

EXCO Sumber Manusia, V. Papparaidu berkata, sebanyak 11 rumah mengalami kerosakan bumbung teruk, manakala beberapa kediaman lain turut terjejas akibat pokok tumbang dan kerosakan struktur dalam kejadian sekitar jam 2.30 petang Rabu.

“Hari ini saya turun meninjau keadaan rumah penduduk yang terkesan akibat ribut di Taman Sejahtera, dan sempat berjumpa mangsa bagi melihat sendiri keadaan kediaman mereka serta mendengar keperluan segera yang diperlukan.

“Kerajaan negeri melalui agensi berkaitan akan mempercepatkan proses penilaian kerosakan dan penyaluran bantuan baik pulih serta sokongan kebajikan supaya keluarga terlibat dapat kembali menjalani kehidupan dengan lebih selesa dan selamat,” katanya dalam hantaran di Facebook.

Ahli Dewan Undangan Negeri Banting itu turut menzahirkan penghargaan kepada ahli majlis, anggota penyelamat serta sukarelawan yang bertindak pantas membantu penduduk terlibat.

Terdahulu, kesan pusaran angin kecil dilapor melanda beberapa kawasan di Kuala Langat antaranya di Taman Seri Medan Jaya, Taman Sejahtera dan Kampung Orang Asli Busut Baru di Sijangkang.

Related Posts

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

SANDAKAN – Kerajaan akan mempertingkat usaha pembangunan serta penempatan semula penduduk di Kampung (Kg) Bahagia susulan tragedi kebakaran besar yang memusnahkan ratusan rumah di kawasan berkenaan, awal pagi Ahad. Ahli…

Lebih lanjut

teruskan membaca
3 maut ditembak dalam restoran

KOTA TINGGI – Tiga individu maut selepas ditembak dalam satu kejadian di sebuah restoran sekitar bandar ini pada jam kira-kira 1.30 tengah hari tadi. Ketua Polis Johor, Datuk Ab Rahaman…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

3 maut ditembak dalam restoran

3 maut ditembak dalam restoran

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16