Sekolah terjejas banjir di Sabah boleh mohon ganti komputer melalui BISBAH

KOTA KINABALU – Sekolah-sekolah di Sabah yang mengalami kerosakan komputer dan peralatan berkaitan akibat bencana banjir boleh memohon bantuan penggantian menerusi Bantuan Ihsan Sekolah Sabah (BISBAH). 

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, Datuk Dr. Arifin Arif berkata, inisiatif tersebut disediakan di bawah Kementerian Tugas-Tugas Khas dan Penyelarasan Negeri Sabah bagi meringankan beban sekolah yang terjejas. 

“Mana-mana sekolah kebangsaan dan sekolah menengah yang mengalami kerosakan peralatan komputer akibat banjir, kita akan bantu melalui BISBAH di bawah tugas-tugas khas. 

“Bantuan ini memang diberikan setiap tahun, tetapi sekiranya berlaku bencana seperti banjir dan melibatkan kerosakan komputer, pihak sekolah boleh memohon dan memaklumkan kepada kita, dan kita akan bantu,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Penyampaian Bantuan Tabung Pendidikan Negeri Sabah (TPNS) di Menara Kinabalu, di sini, pada Selasa. 

Pada majlis itu, seramai 69 pelajar menerima bantuan di bawah TPNS, termasuk bantuan kepada lebih 100 sekolah yang terjejas akibat banjir baru-baru ini. 

“Hari ini kita menyampaikan bantuan TPNS kepada sebahagian besar anak-anak kita, termasuk mereka yang terjejas akibat banjir. 

“Kita juga membantu pelajar yang mengikuti program asasi, matrikulasi, diploma, pengajian sarjana, dan saya sangat bangga kerana ada juga penerima yang menggunakan bantuan ini untuk melunaskan yuran pengajian peringkat PhD,” katanya. 

Selain itu, seramai 20 pelajar turut menerima bantuan cermin mata secara simbolik mewakili 2,000 penerima di seluruh Sabah. 

Menurut Arifin, kebanyakan penerima bantuan cermin mata merupakan pelajar yang akan menduduki peperiksaan utama seperti Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM). 

Sebagai rekod, bantuan pendidikan TPNS disalurkan dalam bentuk cek dengan jumlah berbeza bergantung kepada peringkat pengajian, termasuk RM1,000, RM3,000, RM5,000, RM6,300 dan RM10,000. 

Setakat ini, katanya, lebih RM13 juta telah dibelanjakan di bawah TPNS bagi membantu pelajar dari Sabah melanjutkan pengajian di dalam dan luar negara.

Related Posts

PRN Johor tunggu perkenan Sultan Ibrahim, UMNO hormati Institusi Diraja

JOHOR BAHRU – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan keputusan berhubung pelaksanaan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor hanya akan diputuskan selepas mendapat perkenan Sultan Ibrahim serta Tunku…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kecemerlangan holistik jadi teras pendidikan pelajar Johor

PAGOH – Kecemerlangan pendidikan tidak seharusnya diukur berdasarkan pencapaian akademik semata-mata, sebaliknya perlu diseimbangkan dengan pembangunan insaniah dan pembentukan karakter pelajar. Perkara itu disampaikan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek dalam Majlis…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PRN Johor tunggu perkenan Sultan Ibrahim, UMNO hormati Institusi Diraja

PRN Johor tunggu perkenan Sultan Ibrahim, UMNO hormati Institusi Diraja

Kecemerlangan holistik jadi teras pendidikan pelajar Johor

Kecemerlangan holistik jadi teras pendidikan pelajar Johor

Perpaduan bukan sekadar retorik politik, tetapi tanggungjawab menjamin kestabilan negara

Perpaduan bukan sekadar retorik politik, tetapi tanggungjawab menjamin kestabilan negara

Remaja 14 tahun lemas ketika mandi di Rainforest Waterfall

Remaja 14 tahun lemas ketika mandi di Rainforest Waterfall

IPGM beri jaminan siasatan buli telus, tidak kompromi pelanggaran disiplin

IPGM beri jaminan siasatan buli telus, tidak kompromi pelanggaran disiplin

Pas tidak kreatif, tiru slogan UMNO

Pas tidak kreatif, tiru slogan UMNO