Sejarah, warisan Tawau jadi nilai tambah pakej pelancongan – TM

TAWAU – Elemen sejarah dan warisan bandar Tawau dicadang diperkasakan sebagai nilai tambah dalam pembangunan pakej pelancongan sekali gus memperkukuh daya tarikan daerah itu sebagai pintu masuk utama pelancong ke Pantai Timur Sabah.

Penolong Pengarah Kanan Tourism Malaysia, Mohammad@Mohd Hafezin Khadiri berkata, dengan mengetengahkan sisi sejarah bandar, pelancong yang tiba di Tawau boleh mengisi jadual lawatan sekurang-kurangnya sehari sebelum meneruskan perjalanan ke lokasi lain.

Beliau berkata, cadangan itu diutarakan Dewan Perniagaan Cina dan pihaknya sentiasa bekerjasama dengan Sabah Tourism, Kementerian Pelancongan Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah (KePKAS) serta agensi berkaitan memastikan Tawau turut menerima limpahan pelancong.

“Pemain industri daripada Tawau juga perlu terus bergerak sama dengan Kerajaan Negeri untuk terus memajukan Tawau sendiri kerana Tawau ini punya banyak tarikan termasuk makanan laut.

“Jadi selepas kita berjaya pakejkan produk-produk ini, tentunya Tawau akan sama naik dengan Semporna dan juga tempat-tempat lain di Sabah,” katanya kepada media pada Sambutan Tahun Baharu Cina di Lapangan Terbang Tawau, pada Sabtu.

Jelas Hafezin, walaupun Tawau bukan Lapangan Terbang Antarabangsa, Tawau terus mencatat perkembangan positif apabila menerima beberapa penerbangan sulung daripada syarikat penerbangan asing selain pintu utama kedua terpenting di negeri ini.

Perkembangan itu diyakini akan terus meningkat selain sasaran Tahun Melawat Malaysia 2026 (VM Malaysia) mampu dicapai.

“Kita amat yakin Sabah sendiri akan berjaya mendapat 4 juta sasaran pelancong tahun ini,” katanya.

Kira-kira 500 penumpang penerbangan dari Shanghai yang mendarat di Lapangan Terbang Tawau kira-kira pukul 8.15 pagi dirai dalam sambutan berkenaan.

Aktiviti sambutan di lapangan terbang sempena Tahun Baharu Cina ini merupakan sebahagian daripada strategi menyeluruh Pelancongan Malaysia di bawah VM2026 untuk mempertingkatkan pengalaman sentuhan pertama pelawat, memperkukuh penjenamaan destinasi serta mempromosikan Malaysia sebagai destinasi yang mesra, selamat dan kaya dengan budaya sepanjang tahun.

Related Posts

Kg Bahagia digezet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

SANDAKAN – Kerajaan akan mempertingkat usaha pembangunan serta penempatan semula penduduk di Kampung (Kg) Bahagia susulan tragedi kebakaran besar yang memusnahkan ratusan rumah di kawasan berkenaan, awal pagi Ahad. Ahli…

Lebih lanjut

teruskan membaca
3 maut ditembak dalam restoran

KOTA TINGGI – Tiga individu maut selepas ditembak dalam satu kejadian di sebuah restoran sekitar bandar ini pada jam kira-kira 1.30 tengah hari tadi. Ketua Polis Johor, Datuk Ab Rahaman…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kg Bahagia digezet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

Kg Bahagia digezet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

3 maut ditembak dalam restoran

3 maut ditembak dalam restoran

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16