Segerakan projek tebatan banjir

KUANTAN – Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menggesa agar projek tebatan banjir di negeri ini disegerakan demi keselamatan dan keselesaan rakyat.

Baginda bertitah, perkara retorik perlu dikurangkan dan proses pembinaan dipercepatkan.

“Cepatkan proses pembinaan tebatan banjir ini di khususnya di Temerloh dan Sungai Semantan, di Bentong, Lipis dan Kuantan juga harap dapat dipercepatkan.

“Saya dimaklumkan kementerian sudah ada ada projek di beberapa daerah dan saya harap ia dipercepatkan di Sungai Semantan.

“Saya juga berharap sungai-sungai diperdalamkan agar air kurang melimpah,” titah baginda seperti dilapor Sinar Harian.

Sebelum itu, baginda berangkat melawat pusat pemindahan sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan (SK) Desa Bakti dekat Temerloh.

Dalam pada itu, Al-Sultan Abdullah mengakui bencana banjir yang berlaku kali ini cepat berbanding tahun sebelumnya.

“Musim tidak menentu dalam perubahan iklim dunia, kita harus sentiasa bersedia, mungkin tahun ini agak cepat sikit dari tahun-tahun dahulu.

“Kita harap habis cepat juga, sama-sama kita doa,” titah baginda.

Selain itu, baginda turut berharap pegawai kerajaan dan mereka yang membantu secara sukarela dapat memberi bantuan sebaik mungkin dan tidak pilih kasih dalam soal memberikan bantuan dan saling membantu di PPS terlibat.

“Dengar nasihat pegawai-pegawai kerajaan dan jangan ingkar khususnya bila tengah malam bila air naik dengan cepat

“Saya juga ingin nasihatkan agar jaga diri juga bila di PPS, jaga kebersihan, jangan cepat naik darah dan menyalahkan mana-mana pihak,” titah baginda.

Related Posts

Inisiatif PKJ dipertingkat, sokong impian rakyat miliki kediaman sendiri

JOHOR BAHRU – Kerajaan Negeri Johor terus memperkukuh agenda kebajikan rakyat apabila memperluaskan Inisiatif Perumahan Kasih Johor (PKJ) bagi membantu lebih ramai rakyat memiliki kediaman sendiri, selari dengan aspirasi pembangunan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Naikkan ikan keli 9.5kg, pemancing Terengganu raih hadiah RM1 juta

ALOR SETAR – Kolam Titi Mega, Jalan Datuk Kumbar di sini gamat dengan kehadiran kira-kira 15,000 pemancing dari seluruh negara yang merebut hadiah kemenangan bernilai RM1 juta semalam. Difahamkan, pemancing…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Isu dana awam jejaskan persepsi, sistem zakat disahkan ikut prosedur sah

Isu dana awam jejaskan persepsi, sistem zakat disahkan ikut prosedur sah

Bersedia awal hadapi PRN Johor, AMANAH perjelas mesej perjuangan kepada rakyat

Bersedia awal hadapi PRN Johor, AMANAH perjelas mesej perjuangan kepada rakyat

Inisiatif PKJ dipertingkat, sokong impian rakyat miliki kediaman sendiri

Inisiatif PKJ dipertingkat, sokong impian rakyat miliki kediaman sendiri

Naikkan ikan keli 9.5kg, pemancing Terengganu raih hadiah RM1 juta

Naikkan ikan keli 9.5kg, pemancing Terengganu raih hadiah RM1 juta

Chelsea atasi Leeds, bakal bertemu City di final Piala FA

Chelsea atasi Leeds, bakal bertemu City di final Piala FA

SKS Miri labuh tirai, catat kehadiran hampir 24,000 pengunjung

SKS Miri labuh tirai, catat kehadiran hampir 24,000 pengunjung