Sedcovest pertingkat penggunaan aset, lonjak ekonomi Sabah

KOTA KINABALU – Sedcovest akan terus meningkatkan keupayaan dan menggerakkan sepenuhnya aset serta kepakaran yang ada dalam membantu kemajuan ekonomi, membangun dan melahirkan lebih ramai usahawan di Sabah.

Pengerusi Sedcovest Holdings Sdn. Bhd, Datuk Redonah Bahanda berkata, agensi itu perlu lebih berani dan bertindak secara strategik dalam menghadapi apa sahaja cabaran dalam melaksanakan tanggungjawab kepada rakyat dan negeri.

“Kita perlu memastikan setiap aset yang dimiliki Sedcovest bukan sekadar wujud di atas kertas, tetapi digunakan sepenuhnya, dioptimumkan nilainya dan diterjemahkan kepada pulangan yang memberi impak sebenar kepada organisasi.

“Utilisation aset bukan lagi pilihan, tetapi keperluan strategik untuk kelangsungan dan pertumbuhan,” katanya semasa berucap pada majlis merasmikan pra pelancaran dan lawatan di Pusat Inkubator Perniagaan (PIP) Anjung Selera Likas, di sini pada Selasa.

Jelasnya, masa depan Sedcovest tidak ditentukan oleh bangunan yang dimiliki atau angka di atas kertas semata-matam tetapi oleh keberanian untuk berubah, kesungguhan melaksanakan agenda dan kesatuan sebagai satu pasukan.

“Jika kita bergerak sehaluan, berfikir secara strategik dan bertindak dengan penuh integriti, saya yakin Sedcovest mampu melangkah lebih jauh, bukan sekadar memenuhi KPI, tetapi mencipta pencapaian yang boleh kita banggakan bersama,” ujar beliau.

Justeru itu, Redona meminta setiap kepimpinan dan warga kerja agar terus membina Sedcovest yang bukan sahaja kukuh dari segi prestasi kewangan tetapi juga teguh dari segi nilai, keyakinan dan semangat kebersamaan.

Beliau turut menegaskan sebagai sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC), Sedcovest dipertanggungjawabkan bukan sahaja untuk mencipta nilai sosial dan pembangunan usahawan tetapi juga memastikan prestasi kewangan yang kukuh serta keupayaan menjana pendapatan secara berterusan.

Seiring dengan aspirasi tersebut, katanya, Sedcovest berharap PIP Anjung Selera Likas satu inisiatif yang memberi peluang kepada usahawan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) untuk mendapatkan premis perniagaan fleksibel dan lebih ekonomik di sekitar bandaraya Kota Kinabalu.

PIP Anjung Selera merupakan outlet ketiga selepas PIP Wisma SEDCO dan diwujudkan selari dengan perubahan landskap keusahawanan masa kini yang lebih dinamik, inovatif dan berdaya saing.

“PIP Anjung Selera bukan sekadar menyediakan ruang perniagaan, tetapi membina ekosistem yang menyokong usahawan untuk berkembang, mencuba dan mencipta kejayaan baharu,” tambahnya.

Related Posts

Kerjasama strategik pertingkat hubungan PBT dan masyarakat di Sandakan

SANDAKAN – Kerjasama strategik termasuk persatuan masyarakat dan media dilihat mampu memperkukuh hubungan antara pihak berkuasa tempatan (PBT) dengan masyarakat akar umbi di daerah ini. Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
KPSTI selaras pendidikan tinggi Sabah dengan keperluan industri – James

KOTA KINABALU – Kerajaan Sabah melalui Kementerian Pendidikan, Sains dan Teknologi Inovasi Sabah (KPSTI) terus mempergiat usaha menyelaras pendidikan tinggi negeri ini dengan keperluan industri semasa bagi menangani isu ketidakpadanan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Cadang tangguh PRN perlu dinilai dengan realistik

Cadang tangguh PRN perlu dinilai dengan realistik

Kerajaan selaras dasar ekonomi tangani tekanan kos, pastikan bekalan terus terjamin

Kerajaan selaras dasar ekonomi tangani tekanan kos, pastikan bekalan terus terjamin

Kerajaan atur semula strategi pelancongan, fokus pasaran berdaya tahan

Kerajaan atur semula strategi pelancongan, fokus pasaran berdaya tahan

Kerjasama strategik pertingkat hubungan PBT dan masyarakat di Sandakan

Kerjasama strategik pertingkat hubungan PBT dan masyarakat di Sandakan

Jangan biarkan naratif selektif tentukan masa depan negeri

Jangan biarkan naratif selektif tentukan masa depan negeri

KPSTI selaras pendidikan tinggi Sabah dengan keperluan industri – James

KPSTI selaras pendidikan tinggi Sabah dengan keperluan industri – James