SANDAKAN – Sebuah rumah di tingkat satu blok A 13-1, Flat Sri Taman Batu 3 1/2 terbakar, di sini, pada Isnin.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sandakan, Jimmy Langung berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan di talian balai pada pukul 1.01 petang
Katanya, sepasukan enam anggota bomba bersama lima buah jentera ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira dua kilometer dari balai bomba.
“Kebakaran melibatkan sebuah rumah tingkat 1 jenis kekal berukuran 20×30 kaki yang terbakar sebanyak 90 peratus.
“Operasi pemadaman dijalankan dengan menggunakan satu aliran 200 kaki serta pecutan sumber air dari tangki jentera bomba,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.
Menurut Jimmy, tiada mangsa yang terlibat dalam insiden itu.
“Operasi pemadaman berjaya diselesaikan pada pukul 1.33 petang,” ujarnya.






