Saya restui KJ hadir PAU 2025 – Presiden UMNO

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan Khairy Jamaluddin meminta restu daripadanya sebelum hadir Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2025 pada pagi Khamis.

Presiden UMNO berkata, Khairy hadir atas jemputan Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh.

“Kebetulan KJ (Khairy Jamaluddin) bertemu saya malam tadi ketika Majlis Tahlil Almarhum Tun Razak dan beliau telah meminta restu daripada saya dan saya bersetuju dia hadir,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas mengadakan Perjumpaan Khas bersama Perwakilan Pelajar Kelab UMNO Luar Negara dan Majlis Pelancaran Logo Baharu Kelab UMNO Luar Negara di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), pada Khamis.

Sementara itu, diminta mengulas adakah Khairy akan kembali kepada UMNO, Zahid yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata, ia terserah kepada permohonan.

“Itu terserah kepada permohonan yang akan kita terima” katanya.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid mengakui parti bersedia menerima semula bekas pemimpin yang pernah meninggalkan perjuangan.

Beliau mengalu-alukan cadangan berkenaan, sambil menegaskan pintu UMNO tidak pernah tertutup dan sentiasa terbuka menerima ahli parti yang digantung mahupun dipecat sebelum ini.

“Kami sentiasa membuka pintu untuk kepulangan mereka,” katanya ringkas.

Terdahulu, Khairy menyifatkan kepulangannya ke Perhimpunan Agung UMNO sebagai “sangat mengharukan” selepas beliau dipecat daripada parti itu tiga tahun lalu.

“Hari ini adalah hari yang sangat, sangat emosional bagi saya. Saya dapat kembali ke perhimpunan parti saya,” katanya.

Sebelum ini, Khairy turut merakamkan penghargaan kepada Ahmad Zahid kerana membenarkan beliau hadir, selepas pertemuan mereka di majlis tahlil untuk Perdana Menteri kedua, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein, pada Rabu.

Related Posts

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

TAWAU – Parti Harapan Rakyat Sabah (Harapan Rakyat) terus memperkukuh kerjasama untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) demi memastikan kemenangan Gabungan Rakyat Sabah (GRS). Presiden Harapan Rakyat, Tan Sri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16

KUANTAN – Semangat kebersamaan dalam kalangan penduduk sekitar kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Tawar, dekat Jerantut, memberi keyakinan kepada pimpinan UMNO Bahagian itu menjelang pilihan raya umum (PRU) akan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kg Bahagia akan dibangunkan semula sebagai perkampungan sah

Kg Bahagia akan dibangunkan semula sebagai perkampungan sah

Anwar akui kebimbangan pameran, tegaskan kepentingan sektor pertahanan

Anwar akui kebimbangan pameran, tegaskan kepentingan sektor pertahanan

Anwar seru kerjasama pertahanan, aeroangkasa Malaysia mampu diperhebat

Anwar seru kerjasama pertahanan, aeroangkasa Malaysia mampu diperhebat

Malaysia kekal tidak berpihak, mahu pembekal negara tembusi bekalan antarabangsa

Malaysia kekal tidak berpihak, mahu pembekal negara tembusi bekalan antarabangsa

Aliran bon Malaysia merekodkan RM7.9 bilion, tertinggi dalam tempoh 10 bulan

Aliran bon Malaysia merekodkan RM7.9 bilion, tertinggi dalam tempoh 10 bulan

Bekalan peranti perubatan terus kukuh hadapi tekanan krisis tenaga global

Bekalan peranti perubatan terus kukuh hadapi tekanan krisis tenaga global