Saya maafkan tapi mereka perlu bertanggungjawab – Ibu Ijat KVLD

TAWAU – “Saya maafkan mereka tetapi mereka perlu bertanggungjawab kerana ini pilihan mereka,” kata Siti Hamidah Jumari, 46 tahun.

Itulah kata-kata ketabahan seorang ibu kepada media selepas Mahkamah Tinggi Tawau pada Khamis menjatuhkan hukuman ke atas 13 bekas pelajar Kolej Vokasional Lahad Datu (KVLD) yang didapati bersalah membunuh anaknya, Mohamad Nazmie Aizzat Mohd Narul Azwan, 17, di kolej berkenaan, Mac tahun lepas.

Pada prosiding penetapan, Hakim Datuk Duncan Sikodol menjatuhkan hukuman penjara 30 tahun dan 12 kali sebatan ke atas sorang bekas pelajar berumur 20 tahun manakala 12 lagi dibawah umur dipenjara sehingga mendapat perkenan Yang di-Pertua Negeri Sabah mengikut seksyen 97(2) (b) Akta kanak-kanak 2001.

Kesemua tertuduh didapati bersalah mengikut Seksyen 302 dibaca bersama seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Pada prosiding itu juga, atas permohonan peguam yang mewakili beberapa tertuduh, tertuduh meminta maaf kepada keluarga Nazmie Aizzat atau lebih mesra disapa ‘Ijat’ khususnya ibunya dan menyesali perbuatan tersebut.

Menurut Siti, dis reda atas kehilangan Ijat dan walaupun menunggu sehingga prosiding lebih setahun lima bulan, hukuman itu adalah keadilan untuk anaknya.

“Benda ini pun pilihan mereka. Mereka yang pilih benda ini. Kalau mereka tak pilih benda ini kita tak ada di sini.

“Kalau dia orang bagi peluang Ijat mungkin dia orang masih sekolah dengan Ijat kan,” katanya sebak.

Siti turut mengakui isu buli kini tidak boleh lagi dipandang ringan memandangkan boleh menjadi ancaman, merosakkan masa depan dan meragut nyawa anak.

Dalam pada itu, Siti turut memberi semangat kepada ibu Zara Qairina Mahathir agar kuat dan terus menegakkan keadilan untuk anaknya.

“Kita ibu kena kuat semangat. Jangan dengar kata luar. Kita teruskan maju ke depan. Jangan pandang kiri kanan. Kalau boleh kita tegakkan keadilan, teruskan saja dan apa orang mahu cakap jangan peduli.

“Yang penting niat kita untuk anak kita. Keadilan untuk anak, siapa lagi kalau bukan kita.

“Orang kadang-kadang cuma dengar tapi yang rasa kita. Apatah lagi anak yang kita dari kecil kita besarkan,” ujarnya.

Tambahnya, ahli keluarga tertuduh sebelum ini juga pernah tampil memohon maaf kepadanya serta keluarga dan Siti turut menzahirkan penghargaan terima kasih terhadap semua pihak khususnya PDRM sepanjang kes ini berjalan.

Related Posts

PROPUB beri pendedahan awal keusahawanan digital kepada belia Mukah

MUKAH – Program Pemerkasaan Usahawan Berjaya Program Pemasaran Digital (PROPUB) memberi pendedahan awal kepada belia di daerah ini mengenai asas keusahawanan dan penggunaan platform digital dalam perniagaan. Ahli Dewan Undangan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Serahan projek air RM4 bilion kepada Sabah bukti kepercayaan kepada autonomi negeri

PUTRAJAYA – UMNO Sabah menyambut baik pengumuman Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berhubung penyerahan pelaksanaan projek bekalan air bernilai RM4.06 bilion kepada Kerajaan Negeri Sabah. Setiausaha…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PROPUB beri pendedahan awal keusahawanan digital kepada belia Mukah

PROPUB beri pendedahan awal keusahawanan digital kepada belia Mukah

Serahan projek air RM4 bilion kepada Sabah bukti kepercayaan kepada autonomi negeri

Serahan projek air RM4 bilion kepada Sabah bukti kepercayaan kepada autonomi negeri

Pelajar hilang dipercayai lemas dekat Pantai Balok

Pelajar hilang dipercayai lemas dekat Pantai Balok

Boleh daftar jadi ahli UMNO dalam talian mulai Isnin

Boleh daftar jadi ahli UMNO dalam talian mulai Isnin

KJ lega akhirnya diterima semula ke pangkuan UMNO

KJ lega akhirnya diterima semula ke pangkuan UMNO

Sentuhan Lampard bawa Coventry kembali ke EPL

Sentuhan Lampard bawa Coventry kembali ke EPL