KUNAK – Pemergian Allahyarham Datuk Seri Bung Moktar Radin bukan sekadar kehilangan seorang insan tersayang, tetapi juga detik pilu buat UMNO dan BN Sabah yang kehilangan seorang pendekar.
ADUN Kunak, Datuk Seri Dr Anil Sandhu berkata, pemergian Allayarham yang dianggap sebagai bapa itu merupakan figura yang sangat merendah diri dan sangat bekerja untuk rakyat.
“Saya sudah kehilangan seorang bapa dalam dunia politik pada 2021 dan hari ini saya kehilangan lagi seorang bapa dalam dunia politik juga.
“Tiada apa yang saya mampu ucapkan selain jutaan terima kasih kepada Almarhum dan menyaksikan segala kebaikan Almarhum.
“Tenanglah ‘boss’ tiada sudah sakit yang dirasakan,” katanya dalam coretan di Facebook miliknya, pada Jumaat.
Jelas Anil yang juga Bendahari Pemuda UMNO Sabah, perkenalannya bersama Allayarham bermula sejak lama tetapi mulai akrab semenjak 2019.
“Allahyarham sangat baik, selalu menegur dan menasihati saya.
“Pemergiannya yang sangat dicemburui dan sangat didambakan oleh semua hamba di dunia ini.
“Ya Allah, tempatkanlah Almarhum dalam kalangan orang-orang yang beriman, ampunkanlah dosa-dosanya, kumpulkanlah dia bersama para kekasihMu,” ujarnya.
200 juta liter diesel ke Australia bukan dari Malaysia – Fahmi
PUTRAJAYA – Kerajaan mengesahkan bekalan diesel sebanyak 200 juta liter yang dilaporkan sedang dihantar ke Australia bukan milik Malaysia. Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Fahmi Fadzil berkata, pengesahan itu dibuat selepas…
Lebih lanjut




