Sarawak tunggu kelulusan Parlimen berkaitan Perdagangan Karbon – Abang Johari

KUCHING – Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata Sarawak mempunyai cadangan berkaitan Undang-Undang Pengangkutan Karbon Merentasi Sempadan.

“Saya difahamkan undang-undang tersebut bakal diluluskan oleh Parlimen pada November nanti,” katanya.

Abang Johari berkata perdagangan karbon Sarawak hanya boleh dilaksanakan selepas undang-undang tersebut berkuat kuasa.

Beliau berkata demikian ketika menyaksikan pertukaran memorandum persefahaman (MoU) antara Sarawak Forestry Corporation (SFC), Petroliam National Berhad (PETRONAS), Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC) dengan Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) Malaysia pada Isnin.

Ketika mengulas lebih lanjut, Abang Johari berkata hanya Protokol London menjadi rujukan perdagangan karbon.

“Oleh itu, Sarawak bekerjasama dengan World Bank kerana bank ini mempunyai piawaian nilai karbon,” jelasnya lagi.

Tambah Abang Johari, Sarawak bergantung dengan pandangan World Bank dan piawaian Protokol London.

“Sememangnya, Sarawak mempunyai konsultan tetapi kita perlu mempunyai nilai yang boleh diterima oleh negara pengeluar dan pembeli,” ujarnya.

Abang Johari berkata Sarawak sememangnya berhati-hati memilih konsultan kerana perdagangan karbon merupakan perdagangan baharu.

Related Posts

723 asnaf ceria terima sumbangan Aidilfitri

SIBU – Seramai 723 penerima bantuan bulanan beragama Islam ceria apabila menerima sumbangan sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi. Sumbangan tersebut disalurkan menerusi program Majlis Sejambak Kasih Aidilfitri,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Waris mangsa kebakaran Ulu Dong bakal terima RRP

KUANTAN – Kerajaan Pahang sedia membina Rumah Rakyat Pahang (RRP) untuk waris kepada lima sekeluarga yang maut dalam kebakaran di Ulu Dong, dekat Raub, hujung bulan lalu. Perkara itu diumumkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Iran tutup pintu rundingan dengan AS, sifatkan ‘pengalaman pahit’

  • By Siti
  • March 10, 2026
Iran tutup pintu rundingan dengan AS, sifatkan ‘pengalaman pahit’

723 asnaf ceria terima sumbangan Aidilfitri

723 asnaf ceria terima sumbangan Aidilfitri

Waris mangsa kebakaran Ulu Dong bakal terima RRP

Waris mangsa kebakaran Ulu Dong bakal terima RRP

Pelajar Kolej Vokasional maut terkena sabit pekerja ladang sawit

Pelajar Kolej Vokasional maut terkena sabit pekerja ladang sawit

Berita gembira buat rakyat menjelang Aidilfitri

Berita gembira buat rakyat menjelang Aidilfitri

PM beri perhatian serius operasi bawa pulang rakyat Malaysia

PM beri perhatian serius operasi bawa pulang rakyat Malaysia