
MIRI – Sarawak terus komited dalam usaha mencapai pelepasan karbon sifar menjelang 2050.
Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Datuk Liwan Lagang berkata Sarawak kini berjaya mengusahakan tenaga hidrogen hijau dalam usaha peralihan tenaga baharu.
Selain itu, ujar beliau, Sarawak juga fokus membangunkan infrastruktur saluran paip dalam pengangkutan bahan api baru penting yang merupakan sebahagian peralihan tenaga baharu.
“Miri sangat strategik dan menjadi pusat industri minyak dan gas, serta menjadi strategi pembangunan mampan Sarawak dalam projek tenaga boleh diperbaharui,” kata beliau ketika berucap semasa perasmian Borneo Pipeline Conference (BPC) 2024 di Pullman Miri Waterfront pada Selasa.
Sementara itu, Liwan berkata BPC merupakan platform penting untuk inovasi dalam sektor tenaga dan saluran paip.
“BPC menjadi platform kerjasama antara pemimpin industri, penyelidik dan pembuat dasar dalam membentuk masa depan yang lebih lestari dan inovatif,” ujar beliau lagi.
Oleh itu, jelas beliau lagi, BPC merupakan platform penting untuk inovasi dalam sektor tenaga dan saluran paip.
Difahamkan lebih 200 delegasi dari Asia, Australia dan Eropah hadir persidangan tersebut yang menekakan peranan saluran paip dalam menyokong infrastruktur tenaga dan mencapai masa depan mampan.







