Sarawak Open Boxing Championship 2025 bakal himpunkan jaguh tinju negara, serantau

SRI AMAN – Sri Aman bakal menjadi pentas gemilang apabila Sarawak Open Boxing Championship 2025 (edisi ke-4) berlangsung di Stadium Tertutup Sri Aman dari 19 hingga 23 Ogos 2025.

Kejohanan berprestij anjuran kerajaan Sarawak dengan kerjasama Persatuan Tinju Negeri Sarawak (SABA) serta sokongan pelbagai agensi strategik ini menghimpunkan jaguh-jaguh tinju dari seluruh negara dan rantau serantau.

Acara ini bukan sahaja membuka ruang melahirkan bakat baharu, malah memperkukuh kedudukan Sarawak sebagai hab pembangunan sukan tinju negara.

Antara agensi yang memberi sokongan penuh ialah Kementerian Belia dan Sukan Malaysia (KBS), Majlis Sukan Negara (MSN), Majlis Sukan Negeri Sarawak (MSNS), Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak serta Sarawak Sport Corporation (SSC).

Turut dijangka hadir memberi suntikan semangat ialah Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah, Timbalan Menteri Pembangunan Bakat Sarawak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simanggang, Datuk Francis Harden Hollis, dan ADUN Lingga, Dayang Noorazah Awang Sohor.

Dengan sokongan padu pelbagai pihak, edisi kali ini diyakini mampu menarik perhatian masyarakat untuk lebih dekat dengan sukan tinju, di samping mencungkil bakat baharu yang berdaya saing.

Orang ramai khususnya penduduk Sri Aman dijemput hadir bagi menyaksikan kehangatan pertarungan dan menyokong atlet tempatan yang bakal beraksi.

Related Posts

Pesara wanita berputih mata, rugi RM1.17 juta akibat ‘Love Scam’

MIRI – Gara-gara terpedaya dengan kata-kata manis seorang kenalan lelaki di aplikasi TikTok, seorang pesara swasta wanita berputih mata selepas kerugian RM1,173,700 akibat menjadi mangsa ‘Love Scam’. Ketua Polis Daerah…

Lebih lanjut

teruskan membaca
‎Anggota kapal selam diseru terus tingkatkan ilmu, kemahiran dan integriti ‎

KOTA KINABALU – Semua anggota kapal selam diseru untuk terus meningkatkan ilmu, kemahiran serta integriti bagi memastikan keupayaan operasi aset strategik negara sentiasa berada pada tahap tertinggi.‎‎Panglima Tentera Laut, Laksamana…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pesara wanita berputih mata, rugi RM1.17 juta akibat ‘Love Scam’

Pesara wanita berputih mata, rugi RM1.17 juta akibat ‘Love Scam’

‎Anggota kapal selam diseru terus tingkatkan ilmu, kemahiran dan integriti ‎

‎Anggota kapal selam diseru terus tingkatkan ilmu, kemahiran dan integriti ‎

Tabayyun kunci tangani berita palsu, elak jejas kestabilan negara – Fahmi

Tabayyun kunci tangani berita palsu, elak jejas kestabilan negara – Fahmi

Arsenal ke separuh akhir UCL selepas singkir Sporting

Arsenal ke separuh akhir UCL selepas singkir Sporting

Klinik Kesihatan Nanga Atoi RM5.6 juta siap, perkasa kesihatan penduduk luar bandar

Klinik Kesihatan Nanga Atoi RM5.6 juta siap, perkasa kesihatan penduduk luar bandar

Bayern singkir Real Madrid dari saingan UCL

Bayern singkir Real Madrid dari saingan UCL