Sarawak mohon makmal patologi baharu, 6,151 penagih dadah direkod hingga Mac 2025

KUCHING – Sarawak menggesa supaya lebih banyak makmal patologi diwujudkan di negeri ini, khususnya di Miri dan Sibu, bagi memperkukuh pelaksanaan ujian saringan dadah yang lebih menyeluruh dan berkesan.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata ketika ini hanya terdapat satu makmal patologi di Kuching, sekali gus menimbulkan kebimbangan terhadap keberkesanan sistem penguatkuasaan berkaitan kes penyalahgunaan dadah.

“Seseorang yang dituduh menggunakan dadah perlu menjalani ujian saringan. Bila hanya ada satu makmal di Kuching, timbul banyak masalah logistik, malah boleh wujud keraguan terhadap keputusan ujian,” katanya ketika mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tindakan Membanteras Dadah (MTMD) Negeri Sarawak Bilangan 1 Tahun 2025, di Kuching pada Rabu. 

Menurut beliau merangkap Pengerusi Persatuan Pencegah Dadah Malaysia (PEMADAM) Negeri Sarawak, cadangan pembinaan makmal patologi tambahan akan dikemukakan kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN).

“Kami juga pernah meminta mewujudkan kemudahan makmal patologi, namun terpaksa ditolak oleh Jabatan Kesihatan atas faktor kekangan dana dan kekurangan kakitangan kesihatan.

“Cadangan kita adalah untuk wujudkan makmal di Akademi Imigresen Miri dan satu lagi di tapak pemancar RTM Sibu. Kita harap perkara ini dikaji semula kerana lebih banyak makmal patologi akan membantu mempercepat dan memperkukuh pengesanan dadah,” tegas beliau.

Dalam pada itu, sebanyak 6,151 penagih dadah direkodkan di Sarawak dari Januari hingga Mac tahun ini, melibatkan 93 peratus lelaki dan 7 peratus wanita, menurut data Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK).

Jumlah itu hampir menyamai rekod tahun lalu dan masih terkawal, namun Abdul Karim menyatakan kebimbangan terhadap peningkatan penagihan dadah sintetik serta penggunaan vape dalam kalangan remaja.

“Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2022 menunjukkan Sarawak mencatat kadar penggunaan vape tertinggi di Malaysia dalam kalangan remaja berumur 13 hingga 17 tahun, iaitu sebanyak 20.3 peratus atau dianggarkan 39,608 individu,” jelasnya.

Beliau berkata trend penggunaan cecair vape yang tercemar bahan terlarang berpotensi menjadi pintu masuk kepada ketagihan dadah yang lebih serius.

Sehubungan itu, beliau menyeru kerjasama rentas agensi kerajaan, swasta serta komuniti setempat dalam menangani isu berkenaan secara menyeluruh, termasuk melalui pelaksanaan program seperti Tempat Kerja Bebas Dadah (TEKAD)dan rujukan sukarela kepada AADK untuk rawatan serta pemulihan.

“Saya yakin, jika semua pihak bersatu dan bergerak seiring, kita mampu mewujudkan masyarakat Sarawak yang bebas daripada belenggu dadah, sihat dan berdaya tahan,” katanya.

Related Posts

Program Peduli Veteran MADANI terus dekati bekas perajurit

TANGGA BATU – Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari meneruskan Program Peduli Veteran MADANI Tangga Batu hari ini dengan menziarahi beberapa veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di sekitar Tanjung Kling yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Peruntukan RM140,000 perkasa kemudahan pendidikan SJK Chung Hua Krokop

MIRI – Warga Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Chung Hua Krokop kini boleh tersenyum gembira apabila dewan perhimpunan mereka telah dinaik taraf dan dilengkapi dengan kemudahan teknologi yang jauh lebih moden.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Program Peduli Veteran MADANI terus dekati bekas perajurit

Program Peduli Veteran MADANI terus dekati bekas perajurit

Peruntukan RM140,000 perkasa kemudahan pendidikan SJK Chung Hua Krokop

Peruntukan RM140,000 perkasa kemudahan pendidikan SJK Chung Hua Krokop

Sarawak perkasa sektor padi, Kampung Kaba berpotensi jadi jelapang moden

Sarawak perkasa sektor padi, Kampung Kaba berpotensi jadi jelapang moden

Kerajaan MADANI komited pastikan pembangunan Sabah lebih menyeluruh

Kerajaan MADANI komited pastikan pembangunan Sabah lebih menyeluruh

Khairuddin tegur pemimpin Pas, minta fakta sejarah sahabat Nabi tidak diputar belit

Khairuddin tegur pemimpin Pas, minta fakta sejarah sahabat Nabi tidak diputar belit

Amizar kecewa ADUN Bukit Ibam keliru pelaksanaan STR FELDA Pahang

Amizar kecewa ADUN Bukit Ibam keliru pelaksanaan STR FELDA Pahang