Sarawak komited tingkat infrastruktur luar bandar – Gira Sambang

SELANGAU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tamin Christopher Gira Sambang berkata Kerajaan Sarawak terus komited dalam memenuhi keperluan masyarakat khususnya di luar bandar.

Gira memuji Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg atas keprihatinan dan tindak balas terhadap aduan rakyat, dengan meluluskan peruntukan RM55 juta untuk projek bekalan elektrik di kawasan DUN Tamin.

Beliau menegaskan komitmen kerajaan dalam memastikan pembangunan kawasan hulu sungai tidak terjejas oleh kegiatan pembalakan. Jika syarikat pembalakan mengganggu, Gira berjanji akan menggunakan kuasanya untuk mengadu kepada Kerajaan Negeri.

“Jalan balak di kawasan hulu sungai tidak memenuhi ciri keselamatan yang diperlukan.

“Oleh itu, saya akan memperuntukkan jambatan besi sebagai langkah sementara untuk keselamatan rakyat,” ujarnya semasa Program Pemimpin Bersama Rakyat pada Sabtu lalu.

Gira turut menjelaskan status tanah di Sekuau sering menjadi halangan dalam pelaksanaan peruntukan RTP. Beliau menyeru rakyat bekerjasama dengan pihak Jabatan Tanah dan Survei Sarawak dalam mempercepatkan penyukatan tanah di Seksyen 18.

Untuk projek mega, kerajaan Sarawak memperuntukkan RM23 juta untuk pembinaan jalan dari Sekolah Kebangsaan (SK) Pakoh ke Ulu Bunau, RM59 juta untuk jalan Ng Sekua Rh Ganya, dan RM200 juta untuk jalan dari Rh Ganya ke Rh Semukau Ulu Oya.

Pada masa yang sama, Gira turut mengumumkan peruntukan bagi Projek Kecil Luar Bandar (MRP) sebanyak RM10,000 kepada JKKK Rumah Panjang Sungai Senyaro 2, Ulu Oya, dan RM10,000 kepada Biro Wanita rumah panjang tersebut.

Beliau turut berterima kasih kepada semua agensi kerajaan seperti Pejabat Daerah Selangau dan Jabatan Kerja Raya Sibu atas kerjasama dalam membangunkan kawasan DUN Tamin.

Turut hadir Pegawai Daerah Selangau Yalin Anak Asan, Wakil JKR Sibu, Ir. Marshall, ketua masyarakat dan ketua Kaum di Tamin.

Related Posts

11 warga Indonesia direman kes samun bersenjata

SEBERANG PERAI – Seramai 11 warga Indonesia direman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung lima kes samun bersenjatakan parang di tapak penginapan warga asing sekitar Pulau Pinang.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Penjawat awam parah dihempap pokok ketika ukur tanah

LAWAS – Seorang penjawat awam lelaki berusia 37 tahun mengalami kecederaan parah selepas dihempap pokok ketika menjalankan kerja ukur tanah di kawasan hutan Kampung Murud Suang dan ditemui dalam keadaan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

11 warga Indonesia direman kes samun bersenjata

11 warga Indonesia direman kes samun bersenjata

Rasionalisasi subsidi petrol kurangkan beban fiskal negara

Rasionalisasi subsidi petrol kurangkan beban fiskal negara

70% kopi, biskut kontroversi sudah ditarik dari pasaran

70% kopi, biskut kontroversi sudah ditarik dari pasaran

PDRM sahkan tiada penglibatan SPRM dalam kes mafia korporat

PDRM sahkan tiada penglibatan SPRM dalam kes mafia korporat

Segera umumkan pakej rangsangan ekonomi

Segera umumkan pakej rangsangan ekonomi

Pengakap Malaysia nafi terlibat kes rasuah penganugerahan pingat di Perlis

Pengakap Malaysia nafi terlibat kes rasuah penganugerahan pingat di Perlis