Sarawak komited tingkat infrastruktur Baram

BARAM – Usaha berterusan Kerajaan Sarawak untuk memperkukuh jaringan infrastruktur luar bandar diteruskan menerusi pelaksanaan Ekspedisi Bario, yang diketuai oleh Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Ekspedisi tersebut memberi tumpuan kepada penilaian menyeluruh ke atas keadaan laluan bekas jalan balak dan jalan balak aktif yang menjadi laluan utama komuniti pedalaman Baram.

Pada hari pertama, delegasi kerajaan Sarawak bersama pasukan teknikal Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak menempuh perjalanan sejauh 256 kilometer dari Miri ke Segah Selaan, bagi menilai secara langsung pelbagai kemudahan asas di kawasan tersebut.

Menurut beliau, pihak kerajaan merancang untuk memperkenalkan pendekatan baharu penyelenggaraan jalan luar bandar menjelang akhir tahun ini dengan penekanan terhadap aspek keselamatan, kebolehgunaan dan keberkesanan pelaksanaan projek.

“Antara langkah yang dikenal pasti ialah pembaikan segera Jambatan Long San serta pembinaan semula Jambatan Sungai Sengayan yang runtuh. Di samping itu, sebanyak 27 jambatan lain di kawasan Baram turut disenaraikan untuk kerja penyelenggaraan bagi menjamin kelancaran hubungan antara penempatan,” jelas beliau.

Ekspedisi ini turut merangkumi sesi libat urus bersama Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) bagi mendapatkan maklum balas secara langsung mengenai keperluan infrastruktur dan kebajikan penduduk setempat.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada pegawai serta pasukan teknikal JKR Sarawak atas komitmen tinggi mereka dalam menjayakan ekspedisi ini walaupun terpaksa menempuh laluan mencabar demi memastikan penilaian yang teliti dan menyeluruh dapat dilaksanakan.

Ekspedisi akan diteruskan ke Bario pada hari Rabu termasuk lawatan ke lokasi cadangan sambungan jalan serta sesi dialog bersama-bersama penduduk tempatan bagi mengenal pasti keperluan pembangunan yang lebih berfokus dan berimpak tinggi.

Turut hadir Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak – Buruh, Imigresen dan Pemantauan Projek Datuk Gerawat Gala, Ahli Parlimen Baram Dato Anyi Ngau, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telang Usan Dato Dennis Ngau, Residen Bahagian Miri Galong Luang serta Pengarah JKR Sarawak) Dr. Cassidy Morris.

Foto: Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS)

Related Posts

Lelaki 59 tahun ditahan, disyaki terlibat kes rogol kanak-kanak OKU

SARATOK – Polis menahan seorang lelaki tempatan berusia 59 tahun bagi membantu siasatan kes rogol melibatkan seorang kanak-kanak perempuan orang kurang upaya (OKU) di sini. Ketua Polis Daerah Saratok, DSP…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PMX umum bantuan RM1,500 kepada 300 keluarga Kg Bahagia terjejas kebakaran

SANDAKAN – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bantuan segera termasuk tambahan dengan keseluruhan sebanyak RM1,500 daripada Kerajaan Persekutuan kepada 300 keluarga terlibat kebakaran di Kampung (Kg) Bahagia, di…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lelaki 59 tahun ditahan, disyaki terlibat kes rogol kanak-kanak OKU

Lelaki 59 tahun ditahan, disyaki terlibat kes rogol kanak-kanak OKU

KKM sangkal dakwaan label hologram gagal, masih berfungsi lindungi pengguna

KKM sangkal dakwaan label hologram gagal, masih berfungsi lindungi pengguna

Bayern ke final Piala Jerman hasil gol Diaz, Kane

Bayern ke final Piala Jerman hasil gol Diaz, Kane

City di puncak EPL lepas menang tipis atasi Burnley

City di puncak EPL lepas menang tipis atasi Burnley

Malaysia tegaskan tiada keputusan unilateral boleh dibuat berkaitan Selat Melaka

Malaysia tegaskan tiada keputusan unilateral boleh dibuat berkaitan Selat Melaka

PMX umum bantuan RM1,500 kepada 300 keluarga Kg Bahagia terjejas kebakaran

PMX umum bantuan RM1,500 kepada 300 keluarga Kg Bahagia terjejas kebakaran