KUCHING: Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Datuk Seri Huang Tiong Sii berkata kesejahteraan alam sekitar sentiasa menjadi keutamaan di sebalik pertumbuhan pesat dalam ekonomi.
“Kerajaan Sarawak sentiasa komited dalam menangani isu perubahan iklim,” kata beliau.
Selain itu, keseriusan Kerajaan Sarawak ditunjukkan menerusi perangkaan Dasar Perubahan Iklim yang komprehensif.
“Kita perlu memastikan kesejahteraan alam sekitar sentiasa terjamin walaupun kita terus membangunan ekonomi,” ujarnya.
Tambah beliau lagi, Kerajaan Sarawak sentiasa memerlukan sokongan dan kerjasama daripada semua penduduk setempat.
“Ini termasuk meningkatkan kesedaran umum tentang amalan gaya hidup hijau dan lestari yang perlu dipupuk daripada peringkat akar umbi,” jelas beliau lagi.




