Sarawak komited pelihara kebajikan rumah ibadat – Abang Johari

SRI AMAN – Peruntukan dana yang signifikan dalam usaha menyokong pelbagai projek pembangunan, penyenggaraan dan pembaikan rumah ibadat di negeri ini menunjukkan kerajaan Sarawak tekad dalam memastikan kebajikan rumah tersebut terpelihara.

Menurut Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, sebanyak 778 projek berjaya disiapkan yang menelan kos berjumlah RM100.4 juta manakala 623 lagi projek dengan peruntukan RM148.9 juta masih rancak dilaksanakan.

“Projek ini meliputi pelbagai kerja termasuk pembinaan baharu, penyenggaraan, pembaikan, renovasi serta pembelian peralatan dan instrumen keagamaan bagi rumah-rumah ibadat, “katanya memetik UKAS.

Teks ucapan beliau dibaca oleh Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Dr. Sim Kui Hian semasa Majlis Kesyukuran Agama-Agama Lain Sempena Sambutan Perayaan Hari Malaysia Peringkat Sarawak 2024 di Dewan Suarah Sri Aman, hari ini.

Usaha ini turut diberi diberi jaminan oleh Premier Sarawak untuk diteruskan dalam membangunkan Sarawak secara menyeluruh serta sebagai sebahagian janji kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS).

Beliau juga menyatakan kerajaan GPS yakin dalam membangunkan Sarawak yang menyamai keluasan Semenanjung Malaysia, tidak termasuk Perlis, dengan termeterainya Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) yang lebih baik.

“Tuntutan daripada pemimpin peringkat persekutuan adalah adil dan berlandaskan hak-hak kita sebagaimana termaktub dalam Perlembagaan dan MA63,” tambahnya lagi.

Dalam pada itu, antara perkara lain yang turut dititikberatkan oleh Pengerusi GPS berkenaan ialah menyeru pemimpin agama untuk sentiasa memainkan peranan utama dalam menyampaikan mesej perpaduan, keamanan dan toleransi kepada masyarakat.

“Ini amat perlu dalam memastikan nilai pluralisme dan kepelbagaian terus dihargai,” ujarnya.

Turut hadir Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak Dato Sri Roland Sagah Wee Inn dan isteri Datin Sri Kelly Rebid; Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Datuk Francis Harden Hollis; Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Pentadbiran), Datu Buckland Bangik dan isteri Datin Daisy Dayus; Pengarah Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR) Dato Georgina Apphia Ngau serta tetamu kenamaan lain.

Related Posts

Pelajar diminta tidak sia-siakan peluang pendidikan tinggi percuma

SIBU – Pelaksanaan Skim Pendidikan Tinggi Percuma Sarawak (FTES) tidak seharusnya pelajar mengambil sikap mudah sebaliknya menuntut disiplin dan komitmen tinggi sepanjang tempoh pengajian. Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Polis selesai kes pecah rumah, dua suspek ditahan

SARATOK — Polis berjaya menahan dua lelaki tempatan serta merampas pelbagai barangan disyaki hasil kegiatan pecah rumah dalam satu operasi di Kabong, baru-baru ini. Ketua Polis Daerah Saratok DSP Mathew…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Ketua Pengarah JUPEM didakwa salah guna kedudukan peroleh suapan lebih RM130,000

Ketua Pengarah JUPEM didakwa salah guna kedudukan peroleh suapan lebih RM130,000

Chelsea kalah lagi, dibelasah Brighton 3-0

Chelsea kalah lagi, dibelasah Brighton 3-0

Pelajar diminta tidak sia-siakan peluang pendidikan tinggi percuma

Pelajar diminta tidak sia-siakan peluang pendidikan tinggi percuma

Polis selesai kes pecah rumah, dua suspek ditahan

Polis selesai kes pecah rumah, dua suspek ditahan

Trump umum lanjut tempoh gencatan senjata tanpa persetujuan Iran

Trump umum lanjut tempoh gencatan senjata tanpa persetujuan Iran

Satu unit rumah panjang musnah dalam kebakaran

Satu unit rumah panjang musnah dalam kebakaran