
KUCHING: Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg mahu sekolah antarabangsa Islam dibangunkan di negeri ini.
Menurut Abang Johari, sukatan sekolah tersebut berdasarkan Universiti Al-Azhar, Madrasah Al-Junied Al Islamiah Singapura dan Cambridge.
“Mereka dari Maahad Tahfiz Abdul Rahman Ya’kub (MATTARY), hafiz Al-Quran dan hafazan boleh naik ke sekolah antarabangsa Islam,” kata Abang Johari ketika Majlis Perasmian Program Jelajah Madani Ulama’ Dan Umara Peringkat Sarawak 2024 di Wisma SABATI pada Ahad.
Tambah Abang Johari, semestinya sekolah antarabangsa Islam menggunakan sukatan al-Quran selain sukatan Cambridge.
“Saya mahu sekolah antarabangsa Islam bukan hanya menerapkan nilai akhirat, tetapi nilau dunia,” ujarnya.
Selain itu, Abang Johari mahu sekolah antarabangsa Islam melahirkan anak Islam Sarawak berpendidikan tinggi baik pengetahuan Islam mahupun dunia.
“Kerajaan Sarawak menekankan pendidikan kepada anak Islam Sarawak secara meluaskan berkonsepkan Muqarabah,” jelas Abang Johari.
Turut hadir, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar dan tetamu kenamaan yang lain.




