SARA Bujang: Hargai usaha kerajaan jaga kebajikan belia

KANGAR – Golongan muda dan belia di negeri ini menghargai inisiatif Sumbangan Asas Rahmah (SARA) bernilai RM600 setahun yang disifatkan sebagai usaha kerajaan menjaga kebajikan rakyat, khususnya golongan berpendapatan rendah.

Mohd. Muqri Danila, 26, berkata bantuan SARA yang diterimanya digunakan sepenuhnya untuk membeli barangan keperluan dapur bagi kegunaan keluarganya.

Menurut anak keempat daripada lima beradik itu, selepas pemergian bapanya, ibunya membesarkan mereka adik-beradik, sekali gus menjadikan bantuan berkenaan sebagai ruang untuk membalas jasa dan membantu meringankan beban keluarga.

“Saya masih tinggal bersama ibu dan dengan bantuan ini, memang saya akan beli barangan basah untuk kegunaan kami sekeluarga.

“Pada peringkat awal, pelaksanaannya kurang memberi kesan, namun sekarang ia sangat membantu golongan B40 kerana dapat mengurangkan kos barangan dapur. Jenama yang disediakan juga standard dan berbaloi,” katanya.

Dalam pada itu, Nurfatihah Najwa Mohd. Jafri, 21, berkata bantuan SARA yang diterimanya digunakan sebagai persediaan kecemasan selain membantu ibunya.

Menurut anak bongsu daripada empat beradik itu, bantuan berkenaan turut digunakan untuk membeli kelengkapan membersihkan diri seperti sabun mandi dan sabun basuh.

“Walaupun nilainya tidaklah besar, saya bersyukur kerana ia dapat meringankan beban keluarga. Ini kali pertama saya menerima SARA dan tipulah kalau tidak gembira.

“Bagi saya, jumlah SARA boleh ditingkatkan selaras dengan peningkatan semasa harga barang dan mengikut kemampuan kerajaan,” ujarnya.

Nurfatihah Najwa turut merakamkan penghargaan kepada kerajaan dan khususnya Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim atas sumbangan yang disalurkan kepada rakyat.

Related Posts

MADANI Mart permudah akses barangan asas pada harga berpatutan

PUTRAJAYA – Inisiatif MADANI Mart menyasarkan pembukaan satu cawangan bagi setiap Dewan Undangan Negeri sebagai sebahagian visi capaian nasional untuk memastikan lebih ramai rakyat memperoleh barangan keperluan pada harga berpatutan.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Mahkamah Persekutuan putuskan hukuman sebat sah di sisi Perlembagaan

PUTRAJAYA – Mahkamah Persekutuan hari ini menegaskan bahawa hukuman sebat adalah sah dan tidak bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan. Keputusan itu dicapai melalui penghakiman majoriti 2-1 yang disampaikan oleh Ketua Hakim…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

STEM Catalysts 2026 latih 260 pelajar Sebuyau kuasai teknologi

STEM Catalysts 2026 latih 260 pelajar Sebuyau kuasai teknologi

MADANI Mart permudah akses barangan asas pada harga berpatutan

MADANI Mart permudah akses barangan asas pada harga berpatutan

Memorandum MPP UMS berhasil, KPT lulus peruntukan RM1.5 juta

  • By Ynom
  • April 22, 2026
Memorandum MPP UMS berhasil, KPT lulus peruntukan RM1.5 juta

Mahkamah Persekutuan putuskan hukuman sebat sah di sisi Perlembagaan

Mahkamah Persekutuan putuskan hukuman sebat sah di sisi Perlembagaan

Nelayan warga Thailand maut selepas rebah di R&R

Nelayan warga Thailand maut selepas rebah di R&R

Pegawai polis didakwa terima rasuah RM11,500 mohon dibicara

Pegawai polis didakwa terima rasuah RM11,500 mohon dibicara