Sanusi tidak perlu bersangka buruk di bulan mulia ini – Saifuddin

PADANG SERAI – Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail secara sinis berpendapat, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor tidak perlu terkesan dengan program-program melibatkannya di kawasan Kulim dan Padang Serai terutama di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Malah Menteri Dalam Negeri itu turut menyifatkan Ketua Pengarah Pilihanraya Perikatan Nasional (PN) itu merupakan seorang Menteri Besar yang hebat khususnya melalui pelan ‘The Greater Kedah.’

Sehubungan itu, Saifuddin menegaskan prinsipnya untuk enggan melayan kritikan yang dilemparkan Sanusi terhadapnya sebelum ini, apa lagi di bulan Ramadan ketika umat Islam sibuk memberi tumpuan pada amal ibadah.

“Biar Sanusi (nak cakap apa pun)… saya (di) bulan puasa kita (mahu) buat amal ibadat banyak-banyak, tak usah bersangka buruk sangat.

“Lagipun dia (Sanusi) seorang Menteri Besar yang hebat memimpin ‘The Greater Kedah’, kalau nak terkesan dengan saya dengan program (seperti kempen) tukar al-Quran (seperti hari ini), tak ada kot (tidak terfikir),” jelas Saifuddin.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Program Penerapan Nilai-Nilai Murni dan Sambutan Nuzul Al-Quran Peringkat Negeri Kedah 2026 di Dewan Koperasi Mukim Sidam Kanan, di sini, malam tadi.

Sebelum ini, media melaporkan Menteri Besar Kedah itu membidas Saifuddin yang didakwa menyalahgunakan agensi serta dana kerajaan bagi tujuan kempen politik di Padang Serai dan Kulim.

Menurut Sanusi, amalan menggunakan jentera kerajaan untuk kepentingan peribadi dan politik adalah tidak wajar serta bercanggah dengan prinsip berpolitik secara matang.

Pengerusi Perikatan Nasional Kedah itu turut mendakwa Saifuddin juga kerap turun ke Kulim kebelakangan ini sehingga kawasan itu digelar orang ramai sebagai Kementerian Dalam Negeri (KDN) Kulim.

Related Posts

Cadang tangguh PRN perlu dinilai dengan realistik

KUALA LUMPUR – Cadangan supaya Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor ditangguhkan perlu dinilai secara realistik khususnya jika alasan penangguhan itu dikaitkan dengan faktor geopolitik semasa. Setiausaha Agung PKR,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerajaan selaras dasar ekonomi tangani tekanan kos, pastikan bekalan terus terjamin

KUALA LUMPUR – Kerajaan menyelaras semula dasar ekonomi bagi mengurus peningkatan kos, di samping memastikan bekalan dan keperluan asas rakyat kekal mencukupi dalam menghadapi krisis bekalan global. Menteri Ekonomi, Akmal…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Cadang tangguh PRN perlu dinilai dengan realistik

Cadang tangguh PRN perlu dinilai dengan realistik

Kerajaan selaras dasar ekonomi tangani tekanan kos, pastikan bekalan terus terjamin

Kerajaan selaras dasar ekonomi tangani tekanan kos, pastikan bekalan terus terjamin

Kerajaan atur semula strategi pelancongan, fokus pasaran berdaya tahan

Kerajaan atur semula strategi pelancongan, fokus pasaran berdaya tahan

Kerjasama strategik pertingkat hubungan PBT dan masyarakat di Sandakan

Kerjasama strategik pertingkat hubungan PBT dan masyarakat di Sandakan

Jangan biarkan naratif selektif tentukan masa depan negeri

Jangan biarkan naratif selektif tentukan masa depan negeri

KPSTI selaras pendidikan tinggi Sabah dengan keperluan industri – James

KPSTI selaras pendidikan tinggi Sabah dengan keperluan industri – James