Sambutan Minggu Perpaduan 2026 zon Sarawak tawar pelbagai aktiviti menarik di Miri

MIRI – Orang ramai dijemput hadir memeriahkan Sambutan Minggu Perpaduan 2026 Peringkat Zon Sarawak yang akan berlangsung pada 9 dan 10 Mei 2026 di Boulevard Mall Miri.

Program yang bermula dari jam 10 pagi hingga 10 malam itu bertujuan mengukuhkan semangat perpaduan serta memupuk keharmonian dalam kalangan masyarakat melalui pelbagai aktiviti berteraskan kebudayaan, ekonomi dan komuniti.

Antara aktiviti yang disediakan untuk pengunjung dan seisi keluarga termasuk pameran reruai agensi kerajaan serta Jualan Rahmah anjuran Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Rumah KAMI, Karnival Ekonomi Rukun Tetangga Progresif serta FoodUnites.

Selain itu, pengunjung turut berpeluang menyertai Demonstrasi Signature Zon Sarawak, pameran Wajah-Wajah Perpaduan, jualan usahawan Food Truck, E-Sport dan Sukan Perpaduan, serta pelbagai pertandingan seperti Karakter Perpaduan, Nopeng/Betandak, mewarna, gubahan buah dan aktiviti Puzzle & STEM Kids.

Turut diadakan ialah persembahan silang kebudayaan, Unity Fun Walk serta pameran Khazanah Perpaduan yang menonjolkan kepelbagaian budaya dan identiti masyarakat di Sarawak.

Sementara itu, Datuk Seri Fatimah Abdullah, Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak akan hadir bagi menyempurnakan Majlis Perasmian Sambutan Minggu Perpaduan Peringkat Zon Sarawak 2026.

Penganjuran program ini turut membuka ruang kepada masyarakat untuk berinteraksi, berkongsi pengalaman serta menghayati semangat perpaduan melalui pendekatan santai dan inklusif.

Orang ramai dijemput hadir beramai-ramai untuk memeriahkan program ini yang menawarkan kemasukan percuma.

Related Posts

Viral Lab MADANI dedah pelajar hasil kandungan kreatif berkualiti

KOTA KINABALU – Program Viral Lab MADANI menjadi platform pendedahan kepada pelajar Kolej Vokasional dalam menghasilkan kandungan video kreatif dan berimpak selaras era digital. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pesawat TLDM terbang rendah sekitar Sandakan sempena Hari Terbuka Armada 2026

SANDAKAN – Orang ramai di sekitar daerah ini dinasihatkan agar tidak cemas sekiranya melihat pesawat terbang rendah atau mendengar bunyi penerbangan luar biasa bermula Jumaat hingga Ahad ini. Tentera Laut…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Viral Lab MADANI dedah pelajar hasil kandungan kreatif berkualiti

Viral Lab MADANI dedah pelajar hasil kandungan kreatif berkualiti

Pesawat TLDM terbang rendah sekitar Sandakan sempena Hari Terbuka Armada 2026

Pesawat TLDM terbang rendah sekitar Sandakan sempena Hari Terbuka Armada 2026

Pesta Kaamatan Kg Minintod 2026 tampil aktiviti rapatkan komuniti setempat

Pesta Kaamatan Kg Minintod 2026 tampil aktiviti rapatkan komuniti setempat

Sambutan Minggu Perpaduan 2026 zon Sarawak tawar pelbagai aktiviti menarik di Miri

Sambutan Minggu Perpaduan 2026 zon Sarawak tawar pelbagai aktiviti menarik di Miri

Bersatu pecat 2 ADUN, 4 lagi pemimpin digantung dua penggal

Bersatu pecat 2 ADUN, 4 lagi pemimpin digantung dua penggal

132 warga asing ditahan dalam operasi Imigresen Sabah

132 warga asing ditahan dalam operasi Imigresen Sabah