
KOTA KINABALU – Orang ramai dijemput memeriahkan sambutan Hari Kanak-kanak Sedunia bersama Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) 2024 yang diadakan pada 30 November, Sabtu ini.
Sambutan ini bakal berlangsung di Perkarangan Wisma UTC Sabah bermula dari pukul 9 pagi hingga 5 petang yang menyediakan pelbagai aktiviti menarik menanti pengunjung.
Antara aktiviti paling menarik disediakan termasuk Pertandingan Pakaian Beragam bertemakan ‘Profesion Saya Bila Besar Nanti’ yang terbuka kepada penyertaan kanak-kanak untuk tampil dengan profesion yang paling bergaya.
Selain itu, turut disertakan aktiviti lain seperti Pertandingan PTPTN ‘Got Talent’, Pertandingan Mewarna, Pertandingan Kuiz Celik SSPN, persembahan badut, cabutan hadiah dan ‘face painting’.
PTPTN turut menyediakan pelepasan taksiran cukai sehingga RM8,000 kepada pendeposit akhir tahun serta pelbagai hadiah menarik kepada pendeposit seperti payung, tabung SSPN, beg sekolah dan hamper mini.
Orang ramai boleh membuat pra pendaftaran dan semakan aktiviti melalui pautan https://linktr.ee/Hari_KanakKanak_SEDUNIA.PTPTN serta maklumat lanjut melalui https://linktr.ee/PTPTN_Sabah.




