Salah faham punca tentera Thailand-Kemboja berbalas tembakan

PHNOM PENH – Tentera Thailand memaklumkan anggotanya berbalas tembakan dengan pasukan tentera Kemboja di sepanjang sempadan kedua-dua negara, awal petang semalam.

Thailand turut menuduh negara jirannya itu melanggar gencatan senjata dipersetujui pada Disember lalu, manakala Phnom Penh menafikan penggunaan ‘sebarang senjata’.

Pertikaian sempadan berlarutan selama beberapa dekad antara dua negara Asia Tenggara itu tercetus semula dengan berlakunya beberapa siri pertempuran tahun lalu, mengorbankan puluhan nyawa dan menyebabkan lebih sejuta penduduk dipindahkan pada Julai dan Disember.

Kedua-dua negara menandatangani perjanjian gencatan senjata pada penghujung Disember, namun ketegangan di kawasan sempadan masih berlaku secara berterusan dengan kedua-dua pihak saling tuduh menuduh berhubung pelanggaran perjanjian berkenaan, lapor Agensi.

Tentera Thailand dalam satu kenyataan berkata, pasukan Kemboja ‘melepaskan sebutir peluru grenad 40 milimeter’ berhampiran rondaan tentera Thailand di wilayah sempadan Sisaket, sekali gus mencetuskan tindakan balas melalui tembakan.

Jurucakap Tentera Darat Thailand, Winthai Suvaree, menuduh Kemboja melanggar perjanjian gencatan senjata yang menamatkan pertempuran selama tiga minggu.

Menteri Penerangan Kemboja, Neth Pheaktra menyifatkan dakwaan itu ‘tidak benar sama sekali’ dan bertujuan mengelirukan pandangan umum serta mencetuskan ketegangan.

Tentera Thailand memaklumkan tiada anggotanya yang cedera dalam insiden hari ini.

“Susulan insiden itu, pasukan Thailand bertindak membalas dengan melepaskan tembakan M79 (pelancar grenad) ke arah lokasi asal tembakan dilepaskan … sebagai amaran dan untuk mempertahankan diri,” menurut kenyataan itu.

Tentera Thailand berkata, berdasarkan penilaian awal, insiden itu mungkin berpunca daripada pertukaran giliran pasukan Kemboja dengan anggota baharu yang kurang arif mengenai peraturan dan kawalan arahan.

Related Posts

Kapal tangki China tembus sekatan AS di Selat Hormuz

TEHERAN – Sebuah kapal tangki China yang dikenakan sekatan oleh Amerika Syarikat (AS) dilaporkan berjaya melalui Selat Hormuz pada Selasa, walaupun terdapat sekatan AS ke atas laluan sempit strategik itu,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
AS, Iran gagal capai kata sepakat selepas 21 jam rundingan

ISLAMABAD – Amerika Syarikat (AS) dan Iran gagal mencapai sebarang persetujuan selepas lebih 21 jam rundingan damai bersejarah yang berlangsung di Pakistan. Naib Presiden AS, JD Vance, berkata rundingan yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

3 maut ditembak dalam restoran

3 maut ditembak dalam restoran

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16