Sabah ungguli pegangan pertanian negara, Keningau terajui senarai negeri

KOTA KINABALU – Sabah mencatatkan bilangan pegangan pertanian tertinggi di Malaysia iaitu sebanyak 159,259 iaitu daerah Keningau merekodkan paling ramai pegangan pertanian individu iaitu 14,100 orang, diikuti oleh Ranau 12,862 dan Kota Marudu 12,627.

Hasil dapatan tersebut diperoleh daripada Banci Pertanian 2024 oleh Jabatan Perangkaan Malaysia Negeri Sabah (DOSM) yang terdiri daripada subsektor pertanian, perikanan tangkapan, ternakan, akuakultur serta perhutanan dan pembalakan.

Menurut Timbalan Ketua Menteri I Sabah, Datuk Seri Dr. Jeffrey G. Kitingan, melalui banci tersebut sektor pertanian di Sabah terdiri daripada 156,635 pegangan pertanian individu.

Jelasnya, lelaki mewakili hampir tiga perempat daripada jumlah pegangan pertanian dan lebih 70 peratus pegangan pertanian individu di Sabah terdiri daripada golongan berumur 46 tahun dan ke atas.

“Daripada perspektif tahap pendidikan, sekitar 35 peratus pegangan pertanian individu dilaporkan tidak memiliki sebarang sijil atau kelulusan pendidikan.

“Melalui hasil cerapan yang dinyatakan telah memberi gambaran yang jelas mengenai profil semasa pengusaha tani di Sabah dan akan menjadi asas kukuh dalam merangka dasar pembangunan pertanian yang lebih bersasar, inklusif dan mampan,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap dalam Majlis Peluncuran Laporan Interim Banci Pertanian 2024 Negeri Sabah, di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), di sini pada Selasa.

Mengulas lanjut, Jeffrey yang juga Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah (MAFFI) berkata, seramai 325,805 individu terlibat dalam aktiviti pertanian di Sabah, ini termasuk 136,030 pemilik dan rakan niaga yang aktif, 160,415 pekerja bergaji serta 28,676 pekerja keluarga tanpa gaji.

“Dapatan Banci Pertanian 2024 merekodkan jumlah keluasan bertanam di Sabah pada tahun 2023 adalah seluas 1,782,000 hektar, dengan sebahagian besarnya diusahakan olen pegangan pertanian pertubuhan yang didominasi tanaman komoditi khususnya kelapa sawit,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, Sabah terus mengekalkan kedudukan sebagai antara negeri penyumbang utama kepada prestasi sektor pertanian negara.

“Dengan sumbangan 17.4 peratus daripada nilai jualan subsektor tanaman negara, Sabah menempatkan dalam kelompok empat negeri tertinggi nilai jualan.

“Sabah juga turut termasuk dalam tiga negeri teratas bagi subsektor perikanan tangkapan 13.8 peratus serta perhutanan dan pembalakan 19.6 peratus.

“Prestasi ini mencerminkan potensi besar Sabah dalam memacu pertumbuhan agro ekonomi negara,” ujarnya.

Sebagai rekod, daripada perspektif nilai jualan mengikut daerah pula, Kinabatangan mencatatkan nilai jualan terbesar, iaitu RM4.15 bilion, diikuti oleh Tawau, RM3.93 bilion dan Lahad Datu sebanyak RM3.50 bilion.

Turut hadir, Ketua Perangkaan Malaysia, Datuk Seri Dr. Mohd Uzir Mahidin; Setiausaha Tetap MAFFI Sabah, Datuk Leonard Stephen Poyong; Timbalan Ketua Perangkaan Malaysia, Nazaria Baharudin dan Pengarah DOSM Sabah, Muhammad Amri Idris.

Related Posts

UMNO undang pemimpin tertinggi parti Melayu, Islam mula usaha pembentukan kolaborasi agung

KUALA LUMPUR – UMNO akan mengundang pemimpin tertinggi setiap parti politik Melayu dan Islam untuk memulakan usaha pembentukan kolaborasi agung dalam masa terdekat. Presiden UMNO yang juga Pengerusi Barisan Nasional…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Projek Hopecare tingkat akses air bersih komuniti luar bandar Limbang

LIMBANG – Pelaksanaan Projek Hopecare ‘Basic Of Life’ Limbang Rural Water Project disifatkan sebagai satu inisiatif amat signifikan dalam usaha memastikan akses kepada bekalan air bersih dan selamat dapat dinikmati…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

UMNO undang pemimpin tertinggi parti Melayu, Islam mula usaha pembentukan kolaborasi agung

UMNO undang pemimpin tertinggi parti Melayu, Islam mula usaha pembentukan kolaborasi agung

Kenyataan bertentangan gores UMNO datang daripada DAP ‘Team B’

Kenyataan bertentangan gores UMNO datang daripada DAP ‘Team B’

Projek Hopecare tingkat akses air bersih komuniti luar bandar Limbang

Projek Hopecare tingkat akses air bersih komuniti luar bandar Limbang

Ahmad Zahid diberi tanggungjawab jaga FELDA, FGV

Ahmad Zahid diberi tanggungjawab jaga FELDA, FGV

Maritim Tawau tahan bot nelayan tempatan, langgar syarat sah lesen

Maritim Tawau tahan bot nelayan tempatan, langgar syarat sah lesen

Sabah lancar pelan pengurusan warisan dunia baharu, tumpu isu perubahan iklim

Sabah lancar pelan pengurusan warisan dunia baharu, tumpu isu perubahan iklim