Sabah FC umum pelantikan Ketua Jurulatih baharu, Martin Stano

KOTA KINABALU – Sabah FC mengumumkan pelantikan Martin Stano pemegang Lesen Pro sebagai Ketua Jurulatih baharu.

Menurut kenyataan Sabah FC, Martin akan dibantu oleh Penolong Jurulatih, Alto Linus manakala Muhamadin Abdul Ajid daripada pasukan Sabah FC II pula akan menggalas tanggungjawab sebagai Jurulatih Kecergasan pasukan sehingga tamat musim 2024/2025.

“Sebelum ini, Alto Linus bertindak sebagai Ketua Jurulatih interim bersama Martin Stano sebagai Penolong Jurulatih interim merangkap Jurulatih Kecergasan.

“Pelantikan ini dibuat berdasarkan daripada barisan kejurulatihan sedia ada.

“Ia bertujuan untuk memastikan momentum kemenangan, pendekatan taktikal, metodologi latihan dan analisis video diteruskan tanpa menjejaskan prestasi pasukan,” menurut kenyataan tersebut pada Selasa.

Sementara itu, Malaysian Football League (MFL) memberi tempoh sehingga 10 Disember untuk Sabah FC melantik Ketua Jurulatih baharu yang memiliki Lesen Pro.

Pada masa sama, Sabah FC berharap gandingan kejurulatihan baharu ini mampu meneruskan keserasian pasukan dalam perlawanan-perlawanan sebelumnya serta memperbaiki kedudukan carta liga dalam saingan Piala Malaysia.

Related Posts

Bayern juara Bundesliga, kini sasar Liga Juara-Juara UEFA

PENGENDALI Bayern Munich, Vincent Kompany menegaskan musim pasukannya masih belum berakhir walaupun sudah mengesahkan kejuaraan Bundesliga dengan empat perlawanan berbaki. Kemenangan 4-2 ke atas Stuttgart membolehkan Bayern mendahului liga dengan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sentuhan Lampard bawa Coventry kembali ke EPL

COVENTRY City akhirnya kembali ke Liga Perdana Inggeris selepas 25 tahun apabila mengesahkan ‘kenaikan pangkat’ awal pagi tadi. Skuad kendalian Frank Lampard mengikat Blackburn Rovers 1-1 di Ewood Park, keputusan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kg Bahagia akan dibangunkan semula sebagai perkampungan sah

Kg Bahagia akan dibangunkan semula sebagai perkampungan sah

Anwar akui kebimbangan pameran, tegaskan kepentingan sektor pertahanan

Anwar akui kebimbangan pameran, tegaskan kepentingan sektor pertahanan

Anwar seru kerjasama pertahanan, aeroangkasa Malaysia mampu diperhebat

Anwar seru kerjasama pertahanan, aeroangkasa Malaysia mampu diperhebat

Malaysia kekal tidak berpihak, mahu pembekal negara tembusi bekalan antarabangsa

Malaysia kekal tidak berpihak, mahu pembekal negara tembusi bekalan antarabangsa

Aliran bon Malaysia merekodkan RM7.9 bilion, tertinggi dalam tempoh 10 bulan

Aliran bon Malaysia merekodkan RM7.9 bilion, tertinggi dalam tempoh 10 bulan

Bekalan peranti perubatan terus kukuh hadapi tekanan krisis tenaga global

Bekalan peranti perubatan terus kukuh hadapi tekanan krisis tenaga global