Saarani ingatkan anak muda semak maklumat sebelum kongsi

IPOH – Penyebaran maklumat palsu dan fitnah di media sosial boleh menjadi punca perpecahan dalam masyarakat jika tidak dibendung, kata Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad.

Beliau menegaskan orang ramai, khususnya golongan muda, perlu lebih bertanggungjawab ketika berkongsi maklumat di platform digital agar tidak menyumbang kepada budaya kebencian yang boleh menggugat keharmonian negara.

Menurutnya, penggunaan telefon pintar ketika ini ibarat senjata sekiranya disalahgunakan, terutama apabila sesuatu maklumat disebarkan tanpa disemak terlebih dahulu kesahihannya.

“Dalam telefon pintar itu ibarat ada peluru dan ada racun. Kalau buka WhatsApp, pastikan kandungan yang diterima adalah maklumat yang betul, bukan fitnah.

“Jangan sewenang-wenangnya sebarkan sesuatu perkara. Semak dahulu, jika ia bukan maklumat benar, jangan kongsi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Berbuka Puasa Anak Muda bersama Menteri Besar Perak di Dataran Bandaraya Ipoh di sini pada Ahad.

Turut hadir Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh; Ketua Pemuda UMNO Perak, Nazirul Jamaluddin; serta Datuk Bandar Ipoh, Zamakhshari Hanipah.

Saarani turut mengingatkan rakyat Malaysia agar tidak terpengaruh dengan budaya kebencian atau sikap bermusuhan yang boleh menjejaskan perpaduan negara.

Jelasnya, keadaan dunia yang sedang bergolak akibat konflik di Asia Barat seharusnya dijadikan pengajaran supaya masyarakat di negara ini terus mengekalkan keamanan.

“Di Malaysia ini tiada siapa yang hendak perang dan kita jangan perang sesama sendiri.

“Orang Iran barangkali tidak mahu perang tetapi Amerika Syarikat memerangi mereka, begitu juga rakyat Palestin yang tidak mahu perang namun diserang Israel.

“Musibah yang berlaku kepada umat lain bukan sekadar untuk diperhatikan, tetapi untuk dijadikan tauladan dan pengajaran,” katanya.

Beliau turut menyeru anak muda supaya menjadi golongan yang membawa mesej perdamaian dan kasih sayang dalam masyarakat.

“Tolonglah orang muda jangan sebar fitnah, jangan sambung fitnah dan jangan cipta fitnah. Jadilah kumpulan yang pengasih, pendamai dan pemaaf,” ujarnya.

Related Posts

Exco akui kelemahan semakan jersi

KANGAR – Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan negeri, Wan Zikri Afthar Ishak mengakui terdapat kelemahan dalam semakan terhadap jersi yang dipakai dalam satu program sukan di Perlis baru-baru ini. Beliau…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kes panggilan palsu bebankan sumber negara

BUTTERWORTH – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang merekodkan sebanyak 11 kes panggilan palsu sepanjang tempoh Januari hingga Mac tahun ini sekali gus memberi kesan kepada kecekapan operasi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Exco akui kelemahan semakan jersi

Exco akui kelemahan semakan jersi

Kes panggilan palsu bebankan sumber negara

Kes panggilan palsu bebankan sumber negara

Kekal harga diesel: Rakyat Sarawak rai inisiatif, zahir penghargaan buat Kerajaan MADANI

Kekal harga diesel: Rakyat Sarawak rai inisiatif, zahir penghargaan buat Kerajaan MADANI

Pegawai ladang didenda RM48,000, miliki bangkai haiwan dilindungi

Pegawai ladang didenda RM48,000, miliki bangkai haiwan dilindungi

‘Folder’ cecah ribuan muka surat, bukti digital kes Zara dibentang di mahkamah

‘Folder’ cecah ribuan muka surat, bukti digital kes Zara dibentang di mahkamah

Tiga Penyelaras DUN lapor polis dakwaan fitnah Pemuda Pas Pahang

Tiga Penyelaras DUN lapor polis dakwaan fitnah Pemuda Pas Pahang