RUU Perubahan Iklim akan dipercepatkan – Nik Nazmi

KUCHING – Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata pihak kerajaan Persekutuan mempercepatkan usaha memperkenalkan Rang Undang-Undang (RUU) Perubahan Iklim Kebangsaan.

Menurut beliau, usaha tersebut bagi memperkukuhkan dasar perubahan iklim sekali gus pasaran karbon di Malaysia.

“Kami berbincang dengan beberapa kerajaan negeri termasuk Sarawak dalam mengambil inisiatif merangka RUU Perubahan Iklim,” kata beliau.

Beliau juga mahu RUU Perubahan Iklim dipercepatkan supaya ia dapat selaras dengan inisiatif perdagangan karbon yang dilaksanakan oleh kerajaan Sarawak.

“Oleh itu, kami turun padang untuk memastikan RUU ini dapat dilaksanakan secepat mungkin,” katanya.

Tambah beliau, ia selaras dengan usaha kerajaan Sarawak dan memenuhi keperluan antarabangsa di bawah Persidangan Rangka Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Perubahan Iklim (UNFCC).

Beliau berkata demikian ketika membuat kunjungan hormat terhadap Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg di Wisma Bapa Malaysia pada Selasa.

Sementara itu, perbincangan antara kerajaan Persekutuan dengan kerajaan Sarawak adalah positif dan terus komited bekerjasama dalam mencapai sasaran pelepasan sifar bersih menjelang 2025.

Turut hadir Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar Sarawak, Datuk Len Talif Salleh, dan Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar Sarawak, Datuk Dr Hazland Abang Hipni.

Related Posts

Kabong lakar sejarah, jadi tuan rumah maraton pantai antarabangsa pertama di Sarawak

KABONG – Kabong bakal mencipta sejarah tersendiri apabila menjadi tuan rumah bagi Kabong International Beach Trail Marathon (KIBTM) 2025, acara maraton pantai bertaraf antarabangsa pertama yang dianjurkan di Sarawak. Acara…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kelab Trass Merah Kabong terima sumbangan RM8,000

KABONG – Usaha memperkasa sukan tradisional terus mendapat perhatian apabila Kelab Tarik Tali Trass Merah Kabong menerima sumbangan geran berjumlah RM8,000 daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kabong, Datuk Mohd…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kabong lakar sejarah, jadi tuan rumah maraton pantai antarabangsa pertama di Sarawak

Kabong lakar sejarah, jadi tuan rumah maraton pantai antarabangsa pertama di Sarawak

Kelab Trass Merah Kabong terima sumbangan RM8,000

Kelab Trass Merah Kabong terima sumbangan RM8,000

Konsensus MADANI adalah agenda penyatuan nasional – KP JKOM

Konsensus MADANI adalah agenda penyatuan nasional – KP JKOM

Imam meninggal dunia ketika solat Jumaat

Imam meninggal dunia ketika solat Jumaat

MINDA TOK ABAH: Politik perubahan vs perubahan politik

MINDA TOK ABAH: Politik perubahan vs perubahan politik

Henti polemik lantikan Ketua Hakim Negara, tiada campur tangan politik – KP JKOM

Henti polemik lantikan Ketua Hakim Negara, tiada campur tangan politik – KP JKOM