RUU Pendanaan Politik masih dikaji, UMNO belum kemuka bantahan rasmi

BANGI – Kerajaan masih belum menerima sebarang bantahan rasmi daripada UMNO berhubung cadangan penggubalan Rang Undang-Undang (RUU) Pendanaan Politik yang kini berada di peringkat kajian.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Azalina Othman Said berkata, sehingga kini tiada maklum balas formal diterima daripada mana-mana parti politik berkaitan cadangan tersebut.

Menurut beliau, kerajaan masih dalam proses mendapatkan pandangan serta persetujuan semua parti politik memandangkan pelaksanaan akta itu akan melibatkan parti-parti secara langsung.

“Setakat ini saya tidak mendengar UMNO memberikan bantahan terhadap cadangan pendanaan politik. Namun perkara ini belum dibawa secara rasmi kerana ia memerlukan pandangan formal daripada setiap parti politik,” katanya selepas merasmikan Townhall Kerangka Akauntabiliti MADANI di Akademi Perundangan Negara di Bangi pada petang Ahad.

Azalina yang juga Ahli Parlimen Pengerang menjelaskan beberapa aspek penting masih belum diputuskan sepenuhnya termasuk kaedah pemberian dana awam kepada parti politik, had jumlah sumbangan serta badan yang akan dipertanggungjawabkan bagi menyelia pengurusan dana politik.

Beliau turut memaklumkan bahawa isu pendanaan politik sering dibincangkan dalam UMNO, namun sehingga kini perkara itu belum dibawa secara rasmi ke Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang Jabatan Perdana Menteri.

Tambah beliau, beberapa parti politik lain turut pernah membangkitkan perkara sama ketika Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Dalam pada itu, Azalina menegaskan sebarang keputusan muktamad mengenai RUU Pendanaan Politik hanya akan dibuat selepas semua parti politik mencapai persetujuan bersama.

Cadangan menggubal Akta Pendanaan Politik sebelum ini pernah disuarakan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Azam Baki, tahun lalu.

Akta khas berkaitan pembiayaan kempen pilihan raya itu dilihat mampu meningkatkan ketelusan, integriti serta keadilan dalam sistem demokrasi negara selain membantu mengawal aktiviti pendanaan politik secara lebih tersusun.

Related Posts

Itu kenyataan palsu, MKM komited beri sokongan kepada Anwar

PUTRAJAYA – Satu kenyataan menggunakan kepala surat Mahasiswa Keadilan Malaysia (MKM) yang mendakwa sudah hilang kepercayaan terhadap Presiden PKR adalah kenyataan palsu dan fitnah dalam mencipta naratif persepsi kepada parti.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
UMNO rai ulang tahun ke-80 di Istana Besar Johor, imbau sejarah penubuhan parti

JOHOR BAHRU – Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) hari ini meraikan sambutan ulang tahun penubuhannya yang ke-80 di Istana Besar Johor, lokasi bersejarah yang menjadi saksi kelahiran parti itu pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tengku Mahkota Pahang daki Gunung Kinabalu sempena Ekspedisi Mahkota Borneo

Tengku Mahkota Pahang daki Gunung Kinabalu sempena Ekspedisi Mahkota Borneo

Itu kenyataan palsu, MKM komited beri sokongan kepada Anwar

Itu kenyataan palsu, MKM komited beri sokongan kepada Anwar

‎Pengusaha pertanian tempatan bantu kurangkan import makanan

‎Pengusaha pertanian tempatan bantu kurangkan import makanan

Ketidaktentuan global beri tekanan kepada rakyat – Tun Wan Junaidi

Ketidaktentuan global beri tekanan kepada rakyat – Tun Wan Junaidi

UMNO rai ulang tahun ke-80 di Istana Besar Johor, imbau sejarah penubuhan parti

UMNO rai ulang tahun ke-80 di Istana Besar Johor, imbau sejarah penubuhan parti

Fahmi difitnah, jumpa Sultan Selangor isu akaun palsu bukan ladang babi

Fahmi difitnah, jumpa Sultan Selangor isu akaun palsu bukan ladang babi