RUU Omnibus dibentang ke Dewan Rakyat Disember ini

KERAJAAN akan membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) Omnibus ke Dewan Rakyat pada Disember ini.

Menteri Digital, Gobind Singh Deo berkata, RUU itu akan membenarkan perkongsian data dan penyimpanan awan dalam kalangan agensi kerajaan.

“Perkongsian data adalah perkara penting dan kementerian sedang mengkaji kaedah mengoptimumkan penggunaannya.

“Oleh itu kita perlu membawa masuk undang-undang dan ia sedang dipersiapkan untuk dibentangkan Disember ini,” katanya dipetik ketika melancarkan Persidangan Perundangan Antarabangsa Ancaman dalam Talian 2024 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada Jumaat.

Sementara itu Gobind memaklumkan, kementerian kini sedang mengkaji kaedah bagi membolehkan laporan polis di buat secara dalam talian bagi menangani kekerapan jenayah.

Langkah itu juga seiring dengan perkembangan teknologi yang mana lebih banyak jenayah dalam talian dilaporkan berlaku.

“Oleh itu, kita perlu mula mengubah cara pemikiran mengenai bagaimana kita mendekati keperluan prosedur membabitkan siasatan.

“Antara perkara yang sudah dibincangkan di kementerian saya adalah mengenai sama ada kita boleh membangunkan sistem yang lebih cekap di mana aduan boleh dibuat, penyiasatan dijalankan dan sudah tentu tindakan diambil. Bagaimanapun ini masih di peringkat perbincangan,” katanya.

Related Posts

Kerajaan teliti impak gangguan petrokimia susulan penutupan Selat Hormuz

PUTRAJAYA – Kerajaan sedang memperhalusi kesan gangguan bekalan bahan petrokimia terhadap rantaian bekalan, khususnya sektor pembungkusan barangan keperluan harian, susulan penutupan Selat Hormuz. Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Fahmi Fadzil berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Harga diesel turun lagi 85 sen

Harga diesel turun lagi 85 sen

Kerajaan teliti impak gangguan petrokimia susulan penutupan Selat Hormuz

Kerajaan teliti impak gangguan petrokimia susulan penutupan Selat Hormuz

Kerajaan bakal umum langkah baharu tangani pengangguran minggu depan

Kerajaan bakal umum langkah baharu tangani pengangguran minggu depan

463 permohonan turunkan kandungan berita palsu diterima MCMC

463 permohonan turunkan kandungan berita palsu diterima MCMC

BDR bantu jimat lebih 300,000 liter bahan api dalam tempoh seminggu

BDR bantu jimat lebih 300,000 liter bahan api dalam tempoh seminggu

200 juta liter diesel ke Australia bukan dari Malaysia – Fahmi

200 juta liter diesel ke Australia bukan dari Malaysia – Fahmi