Rungutan rakyat berhasil, pelaksanaan parkir pintar Perlis ditangguh serta-merta

KANGAR – Selepas menerima pelbagai rungutan daripada orang ramai berhubung pelaksanaan sistem parkir pintar yang dianggap menyusahkan, kerajaan negeri akhirnya mengambil keputusan untuk menangguhkan pelaksanaannya serta-merta.

Penangguhan selama enam bulan itu diputuskan dalam Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri (MMKN) hari ini, bagi memberi ruang kepada syarikat pengendali sistem tersebut melakukan penambahbaikan dari semua aspek.

Menteri Besar Perlis, Mohd. Shukri Ramli berkata, keputusan itu dibuat demi menjaga keselesaan dan kemudahan rakyat, khususnya pengguna yang terkesan dengan pelaksanaan sistem berpalang di kawasan komersial pusat bandar Kangar.

“Kita tangguhkan pelaksanaan ini buat sementara waktu sehingga keadaan benar-benar selesa dan mampu memuaskan hati pengguna.

“Antara perkara yang akan diberi perhatian termasuklah lorong masuk ke kawasan parkir supaya tidak menyusahkan pemandu serta kaedah penggunaan aplikasi yang mungkin perlu ditambah baik, contohnya melalui pilihan seperti kad debit atau Touch ‘n Go,” katanya dalam sidang media di Kompleks Seri Putra, hari ini.

Menurut beliau, Majlis Perbandaran Kangar (MPK) diminta untuk berunding semula dengan pihak syarikat operator parkir dalam usaha memperbaiki kelemahan sistem.

Tempoh enam bulan yang diberikan itu katanya, mungkin disingkatkan sekiranya proses penambahbaikan dapat dilaksanakan lebih awal dan memenuhi keperluan pengguna.

Untuk rekod, sistem parkir pintar berpalang itu mula dilaksanakan pada 16 Jun lalu di beberapa lokasi komersial di sekitar Kangar, namun ia segera mencetuskan polemik dan kritikan di media sosial terutama melibatkan isu kesukaran akses, aplikasi yang menyulitkan pengguna, serta lokasi parkir yang dipertikaikan statusnya.

“Kita akan lihat semula juga lokasi-lokasi parkir yang telah ditetapkan. Kita tidak mahu ada kawasan yang tidak digazetkan secara rasmi dijadikan tempat parkir.

“Kita mungkin tidak dapat memenuhi semua kehendak rakyat, tetapi kita akan terus mengambil langkah-langkah penambahbaikan supaya sistem ini benar-benar berfungsi dengan baik dan diterima semua pihak,” tambah Mohd. Shukri.

Related Posts

Program Peduli Veteran MADANI terus dekati bekas perajurit

TANGGA BATU – Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari meneruskan Program Peduli Veteran MADANI Tangga Batu hari ini dengan menziarahi beberapa veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di sekitar Tanjung Kling yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Peruntukan RM140,000 perkasa kemudahan pendidikan SJK Chung Hua Krokop

MIRI – Warga Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Chung Hua Krokop kini boleh tersenyum gembira apabila dewan perhimpunan mereka telah dinaik taraf dan dilengkapi dengan kemudahan teknologi yang jauh lebih moden.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Program Peduli Veteran MADANI terus dekati bekas perajurit

Program Peduli Veteran MADANI terus dekati bekas perajurit

Peruntukan RM140,000 perkasa kemudahan pendidikan SJK Chung Hua Krokop

Peruntukan RM140,000 perkasa kemudahan pendidikan SJK Chung Hua Krokop

Sarawak perkasa sektor padi, Kampung Kaba berpotensi jadi jelapang moden

Sarawak perkasa sektor padi, Kampung Kaba berpotensi jadi jelapang moden

Kerajaan MADANI komited pastikan pembangunan Sabah lebih menyeluruh

Kerajaan MADANI komited pastikan pembangunan Sabah lebih menyeluruh

Khairuddin tegur pemimpin Pas, minta fakta sejarah sahabat Nabi tidak diputar belit

Khairuddin tegur pemimpin Pas, minta fakta sejarah sahabat Nabi tidak diputar belit

Amizar kecewa ADUN Bukit Ibam keliru pelaksanaan STR FELDA Pahang

Amizar kecewa ADUN Bukit Ibam keliru pelaksanaan STR FELDA Pahang