Rundingan perjanjian perdagangan dengan AS selesai – PM

PUTRAJAYA – Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan bahawa rundingan mengenai perjanjian perdagangan untuk sektor penting terutamanya semikonduktor antara Malaysia dan Amerika Syarikat (AS) sudah selesai dan akan dimuktamadkan pada mesyuarat Kabinet, Jumaat ini.

“Saya boleh katakan rundingan ini selesai 99.9 peratus. Baki 0.01 peratus lagi akan dimuktamadkan pada mesyuarat Kabinet pada Jumaat,” katanya, lapor Berita Harian.

Perdana Menteri berkata demikian pada sesi Taklimat bersama Ketua Pengarang Media Tempatan dan Antarabangsa menjelang Sidang Kemuncak ASEAN di sini, semalam.

Hadir sama Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan.

Anwar menjelaskan, perjanjian itu – apabila dimuktamadkan – akan terus memperkukuh hubungan perdagangan dan pelaburan dua hala, terutamanya dalam sektor seperti semikonduktor, teknologi digital dan peralihan tenaga.

“Semikonduktor adalah antara bidangnya manakala sektor kecerdasan buatan (AI), ekonomi digital dan tenaga juga berada dalam beberapa siri rundingan,” katanya.

Mengenai perbincangan dengan AS di bawah pentadbiran Presiden AS, Donald Trump, Anwar berkata, beberapa persefahaman berkaitan perdagangan sedang dimuktamadkan.

“Perbincangan dan rundingan diadakan dalam beberapa bulan ini mengenai isu tarif dan perdagangan, dengan matlamat untuk meningkatkan perdagangan dan pelaburan.

“Saya berhasrat untuk menandatangani beberapa perjanjian dan persefahaman awal dengan AS dan saya amat gembira kerana terdapat perkembangan yang amat positif,” katanya.

Anwar berkata, Malaysia kekal terbuka untuk memberi tumpuan sewajarnya kepada AS dalam kerjasama perdagangan dan semikonduktor, pada masa yang sama meningkatkan kerjasama dengan negara-negara lain.

Trump, yang dijangka menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN akan mengadakan perbincangan dengan Anwar, yang juga Menteri Kewangan mengenai cara untuk memperluas hubungan ekonomi dua hala.

Related Posts

Johor tarik pelaburan teknologi, projek JHB1 catat pencapaian baharu

ISKANDAR PUTERI – Negeri Johor terus mengorak langkah sebagai hab digital utama Asia Tenggara apabila projek pusat data JHB1 milik Digital Halo mencapai satu lagi pencapaian penting menerusi majlis “topping…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Beban subsidi meningkat, MoF laksana pelarasan perbelanjaan secara berhemat

PUTRAJAYA – Kementerian Kewangan (MoF) akan melaksanakan pelarasan perbelanjaan kerajaan susulan peningkatan beban subsidi akibat konflik di Asia Barat, namun memberi jaminan perkhidmatan kritikal kepada rakyat serta kestabilan ekonomi tidak…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Atlet muay thai Sabah, Emmabell Cassandra terima pengiktirafan atas kejayaan antarabangsa

Atlet muay thai Sabah, Emmabell Cassandra terima pengiktirafan atas kejayaan antarabangsa

10 aktivis Malaysia dalam misi GSF 2.0 ditahan tentera Zionis di perairan Greece

10 aktivis Malaysia dalam misi GSF 2.0 ditahan tentera Zionis di perairan Greece

Peruntukan disalur selesai isu penyaman udara Klinik Kesihatan Bandaraya Miri

Peruntukan disalur selesai isu penyaman udara Klinik Kesihatan Bandaraya Miri

Pelarasan perbelanjaan mengurus hanya libatkan perbelanjaan tidak kritikal – MoF

Pelarasan perbelanjaan mengurus hanya libatkan perbelanjaan tidak kritikal – MoF

Sumbangan Sejambak Kasih Gawai Miri ceriakan golongan memerlukan

Sumbangan Sejambak Kasih Gawai Miri ceriakan golongan memerlukan

MoT mula kongsi kereta, guna penerbangan kelas ekonomi untuk berjimat

MoT mula kongsi kereta, guna penerbangan kelas ekonomi untuk berjimat