Rundingan pelaksanaan agregator gas tunggal Petronas, Petros masih berjalan

KUCHING – Kerajaan Sarawak mengesahkan rundingan antara Petroliam Nasional (Petronas) dan Petroleum Sarawak Berhad (Petros) berkenaan pelaksanaan agregator gas tunggal masih berjalan.

Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Datuk Seri Julaihi Narawi berkata, kerajaan Sarawak melantik Petros sebagai agregator gas tunggal di bawah Ordinan Pengagihan GAS 2016.

“Saya mengulangi bagi pihak kerajaan Sarawak, tiada agregator gas lain dilantik di Sarawak selain Petros,” jelas beliau dalam satu kenyataan rasmi.

Ujar beliau, kerajaan Sarawak turut memaklumkan rundingan antara kedua-dua pihak berhubung perkara tersebut akan dimuktamadkan pada masa terdekat.

Terdahulu, Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, Petros merupakan agregator gas tunggal di Sarawak.

Keputusan itu dibuat oleh kerajaan Sarawak selepas memutuskan Petros mengambil alih peranan tersebut pada 1 Julai.

Bagaimanapun, Petronas meminta kerajaan Sarawak menangguh keputusan tersebut dan kerajaan Sarawak memberi penangguhan sehingga 31 Oktober.

Susulan itu, kerajaan Sarawak, Petronas dan Petros membuat kenyataan bersama mengenai perbincangan agregator gas tunggal di Sarawak bakal dimuktamadkan pada masa terdekat.

Related Posts

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

SANDAKAN – Kerajaan akan mempertingkat usaha pembangunan serta penempatan semula penduduk di Kampung (Kg) Bahagia susulan tragedi kebakaran besar yang memusnahkan ratusan rumah di kawasan berkenaan, awal pagi Ahad. Ahli…

Lebih lanjut

teruskan membaca
3 maut ditembak dalam restoran

KOTA TINGGI – Tiga individu maut selepas ditembak dalam satu kejadian di sebuah restoran sekitar bandar ini pada jam kira-kira 1.30 tengah hari tadi. Ketua Polis Johor, Datuk Ab Rahaman…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

3 maut ditembak dalam restoran

3 maut ditembak dalam restoran

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16