Rundingan kerusi PH Sabah masih berjalan – Ewon

SANDAKAN – Pakatan Harapan (PH) Sabah kini giat mempersiapkan jentera dan strategi menghadapi Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17) dengan perundingan kerusi masih berjalan di semua peringkat.

Pengerusi PH Sabah, Datuk Ewon Benedick berkata, rundingan kerusi antara parti-parti dalam Kerajaan Perpaduan masih diteruskan, namun keyakinan terhadap kekuatan kerjasama antara parti kekal utuh menjelang PRN nanti.

“Apapun, perundingan kerusi masih berterusan dan mudah-mudahan semuanya berjalan dengan lancar.

“Saya percaya parti-parti lain juga telah mempersiapkan bahagian masing-masing untuk menghadapi pilihan raya dan saya amat yakin kesatuan antara parti ini dapat kita perkasakan menjelang pilihan raya nanti,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan Program Rahmah Mesra Bersama Pemimpin dan Taklimat Keusahawan 2025 di Rainforest Hall, RDC, Sepilok, di sini pada Ahad.

Sementara itu, Ketua Penerangan Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO), Dr Peter Jr Naintin memaklumkan bahawa persiapan awal jentera UPKO Libaran telah digerakkan bagi memperkukuh kesiapsiagaan menghadapi PRN.

“Perkongsian yang kita dapat daripada Presiden kita tadi adalah memberikan kata-kata semangat kepada kita untuk persiapan menghadapi pilihan raya negeri pada tahun 2025 yang dijangka diumumkan tidak lama lagi.

“Jadi ini merupakan persiapan awal kami daripada UPKO Libaran untuk memberikan keyakinan kepada semua jentera di setiap kampung, lokaliti dan Pusat Daerah Mengundi (PDM),” katanya.

Menurut beliau, walaupun rundingan kerusi masih berlangsung, semangat yang ditunjukkan jentera akar umbi memberi kekuatan kepada parti untuk terus mara ke hadapan.

“Kami tidak menolak kemungkinan bahawa kerjasama gabungan itu boleh melibatkan pelbagai parti.

“Saya terlibat dalam proses perundingan di semua peringkat, sama ada di peringkat persekutuan atau negeri,” jelasnya.

Peter turut menegaskan bahawa kesinambungan antara kerajaan perpaduan di peringkat Persekutuan dan negeri amat penting untuk menjayakan pembangunan, khususnya di kawasan Libaran yang menurutnya masih banyak memerlukan perhatian.

“Kita tahu rata-rata pembangunannya itu belum mencapai tahap yang diharapkan oleh penduduk. Bila kita masuk ke kampung-kampung, banyak reaksi dan harapan yang mereka kongsikan,” ujarnya.

Beliau turut menekankan bahawa suara dan keputusan dalam rundingan di peringkat Sabah adalah ditentukan oleh pemimpin tempatan sendiri, bukannya ditentukan dari luar negeri.

“Sebenarnya, lokasi sahaja di Kuala Lumpur, tetapi yang berunding adalah orang Sabah. Manifesto, jalinan kerjasama akar umbi, semua itu ditentukan oleh orang Sabah sendiri.

“Ini juga adalah mandat yang diberikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang mempercayakan kepada Datuk Ewon Benedick untuk menyelaras rundingan di Sabah selaku Pengerusi PH Sabah,” katanya.

Related Posts

Alhamdulillah, saya juga ‘selamat’ dipecat – Wan Ahmad Fayhsal

PUTRAJAYA – “Alhamdulillah, saya juga telah ‘selamat’ dipecat oleh Parti Bersatu,” kata Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad menerusi hantaran di laman sosial Facebooknya beberapa jam lalu. Bekas…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tiga Ahli Parlimen Bersatu termasuk Ahmad Fayhsal dipecat

PUTRAJAYA – Tiga lagi Ahli Parlimen Bersatu terdiri daripada kem yang menyokong Datuk Seri Hamzah Zainudin telah dipecat daripada parti. Mereka adalah Ahli Parlimen Padang Rengas, Azahari Hasan; Ahli Parlimen…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Serbuan polis selamatkan hampir setengah juta individu daripada jerat syabu

Serbuan polis selamatkan hampir setengah juta individu daripada jerat syabu

Miliki tiga rekod lampau, lelaki dicekup simpan syabu

Miliki tiga rekod lampau, lelaki dicekup simpan syabu

Lapan unit kedai di Jalan Pahlawan runtuh, tiada mangsa dilaporkan

Lapan unit kedai di Jalan Pahlawan runtuh, tiada mangsa dilaporkan

Bayi lelaki ditinggalkan di pusat perlindungan bayi Kuching, waris diminta tampil

Bayi lelaki ditinggalkan di pusat perlindungan bayi Kuching, waris diminta tampil

Alhamdulillah, saya juga ‘selamat’ dipecat – Wan Ahmad Fayhsal

Alhamdulillah, saya juga ‘selamat’ dipecat – Wan Ahmad Fayhsal

Kastam Malaysia catat RM9.97 bilion kutipan hasil setakat Januari 2026

  • By Ynom
  • February 13, 2026
Kastam Malaysia catat RM9.97 bilion kutipan hasil setakat Januari 2026