Rumah SMJ usaha Kerajaan Sabah basmi miskin tegar

KOTA BELUD – Pembinaan rumah Sabah Maju Jaya (SMJ) yang diperkenalkan Kerajaan Sabah antara usaha bagi membasmi miskin tegar.

Ketua Bahagian Gagasan Rakyat Usukan, Datuk Japlin Akim berkata, pembinaan itu juga membantu rakyat memperoleh kediaman yang lebih selesa.

“Isu perumahan sememangnya merupakan satu isu yang menjadi perhatian umum.

“Pembinaan Rumah SMJ adalah usaha oleh pihak kerajaan bagi menangani masalah perumahan rakyat terutama kepada golongan berpendapatan rendah seperti B40,” katanya.

Japlin berkata demikian selepas penyerahan kunci Rumah SMJ di Kampung (Kg) Pirasan dan beberapa buah kampung di Kampung Kulambai Dundau, Kampung Ambong, Kg. Lantiggi, Kg. Kulambai, Kg. Kulambai Kupang dan Kg. Kuala Abai, Kg. Kota Belud dan Kg. Suang Pungur, Kota Belud.

Jelasnya, pelaksanaan inisiatif untuk manfaat rakyat itu sejajar dengan usaha berterusan kerajaan negeri pimpinannya dalam membela nasib rakyat dan membawa pembangunan di negeri ini.

“Rumah SMJ ini dilaksanakan bagi membantu rakyat yang menghadapi kesusahan dan memerlukan rumah kediaman,” katanya.

Terdahulu, Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor telah mengumumkan pembinaan rumah SMJ melibatkan kos sebanyak RM250 juta untuk tahun depan dan akan membina 3,000 buah rumah melalui Program Rumah Mesra Sabah Maju Jaya (SMJ) tahun depan di semua 73 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di negeri ini.

Related Posts

Peruntukan RM2.3 juta perkasa pendidikan Perak 2026

IPOH – Yayasan Perak memperuntukkan lebih RM2.3 juta bagi meneruskan komitmen pemerkasaan pendidikan di negeri ini untuk tahun 2026 menerusi kerjasama strategik bersama Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Perak. Yayasan Perak…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Bergaduh guna parang di tempat awam, lelaki dicekup polis

BETONG – Padah bergaduh menggunakan senjata tajam di tempat awam, seorang lelaki ditahan polis selepas video insiden itu tular di media sosial. Ketua Polis Daerah Betong, DSP Wan Mohamad Ali…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Peruntukan RM2.3 juta perkasa pendidikan Perak 2026

Peruntukan RM2.3 juta perkasa pendidikan Perak 2026

SPRM perketat tindakan terhadap penjenayah kewangan melalui strategi baharu

SPRM perketat tindakan terhadap penjenayah kewangan melalui strategi baharu

Keselamatan jalan raya dipertingkat melalui kerjasama Puspakom-MIROS

Keselamatan jalan raya dipertingkat melalui kerjasama Puspakom-MIROS

Anwar ucap tahniah Hari Keputeraan Tuanku Muhriz

Anwar ucap tahniah Hari Keputeraan Tuanku Muhriz

Presiden UMNO isyarat penolakan terhadap Pas, cadang bubar parti

Presiden UMNO isyarat penolakan terhadap Pas, cadang bubar parti

Isi hati telah saya sampaikan kepada Presiden UMNO – Dr Akmal Saleh

Isi hati telah saya sampaikan kepada Presiden UMNO – Dr Akmal Saleh