RON95 dengan harga RM1.99 akan bermula 30 September – PMX

PUTRAJAYA – Kerajaan MADANI  memutuskan kadar baharu RON95, iaitu RM1.99 seliter bermula Selasa minggu depan bagi rakyat tempatan menerusi insiatif BUDI95.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, bagi bukan warganegara pula, RON95 ditetapkan pada RM2.60 bermula tarikh yang sama.

Menurutnya, lebih 16 juta rakyat Malaysia akan terima manfaat daripada penurunan harga petrol RON95 dengan semua warganegara dengan lesen memandu sah layak untuk menikmati subsidi bahan bakar itu.

“Kita putuskan untuk meletakkan kadar RON95 daripada RM2.05 kepada RM1.99 seliter bermula 30 September 2025 dan saya juga sebutkan manfaat dan keistimewaan ini hanya sebagai penghargaan semangat dari Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia, jadi penghargaan kepada rakyat Malaysia seluruhnya.

“Mulai 30 September (juga), bukan warganegara dan syarikat besar tidak layak terima subsidi kerana ikut perseorangan, itu bermula 30 September pada harga RM2.60,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan amanat pada Majlis Perhimpunan Bulanan bersama warga Jabatan Perdana Menteri, pada Isnin.

Dalam pada itu, Perdana Menteri turut mengumumkan warga polis, tentera nikmati subsidi RON95 RM1.99 seliter bermula 27 September, manakala penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) pada 28 September bagi mengelakkan kesesakan.

Beliau berkata subsidi RON95 akan dinikmati tanpa mengambil kira tahap pendapatan, sebagai penghargaan kepada semua rakyat.

“Kerajaan memutuskan semua warganegara dengan lesen memandu sah layak untuk subsidi RON95.

“Seperti langkah penghargaan SARA, tahap pendapatan tidak digunakan untuk menidakkan seseorang daripada
menikmati subsidi RON95.

“Berdasarkan data Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), dianggarkan lebih 16 juta
penerima manfaat BUDI95,” katanya.

Dalam pada itu, Anwar yang juga Menteri Kewangan menasihati masyarakat awam agar menyemak cip MyKad dan lesen memandu bagi memastikan  berfungsi dengan sebaiknya

“Semua rakyat akan menerima siling kelayakan bulanan BUDI95 sebanyak 300 liter tetapi pemandu e-hailing dikecualikan daripada siling kelayakan tersebut dan boleh memohon untuk nilai yang lebih tinggi,” katanya.

Related Posts

Kurangkan beban pengamal media, sidang media mingguan dilaksana hibrid – Fahmi

GOMBAK – Sidang media mingguan Jurucakap Kerajaan Perpaduan akan dilaksanakan secara hibrid demi mengurangkan bebanan kepada pengamal media susulan konflik di Asia Barat yang menyebabkan krisis tenaga global kini. Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Bantuan asas, penempatan sementara segera dilaksana buat mangsa kebakaran Sandakan – PM

KERAJAAN Persekutuan bersama Kerajaan Negeri Sabah sedang menyelaraskan bantuan asas dan penempatan sementara secepat mungkin untuk mangsa kebakaran di Kampung Bahagia, Sandakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

3 maut ditembak dalam restoran

3 maut ditembak dalam restoran

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16