Rogol anak rakan, buruh pertanian mengaku tidak salah minta kurang wang jaminan

IPOH – Kawan `makan’ anak kawan.

Itu yang dilakukan oleh seorang buruh pertanian, yang bekerja sebagai pengangkat baja apabila dia didakwa merogol anak rakannya sendiri berusia 14 tahun pada Julai lalu.

Bagaimanapun, tertuduh, Wan Muhamaad Sofie Wan Supian, 26, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, di sini, pada Selasa, selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Azizah Ahmad.

Mengikut kertas pertuduhan, lelaki itu didakwa melakukan rogol terhadap seorang kanak-kanak perempuan berusia 14 tahun yang juga anak kepada rakannya.

Perbuatan itu dilakukan tertuduh di sebuah rumah di Kampung Sungai Timah, Mukim Bandar, dalam daerah Perak Tengah pada jam 10 pagi, 2 Julai lalu.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukan hukuman penjara boleh sampai 20 tahun dan sebat jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Siti Nur Amalina Harun manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Siti Nur Amalina mencadangkan tertuduh diikat jamin RM30,000 dengan seorang penjamin. Bagaimanapun, tertuduh merayu supaya diberi jaminan minimum atas alasan perlu menanggung lima adiknya selain berpendapatan RM50 sehari sebagai pengangkat baja.

Azizah kemudiannya membenarkan tertuduh diikat jamin RM6,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan perlu melapor diri di balai polis dua bulan sekali.

Mahkamah juga turut mengarahkan tertuduh tidak mengganggu mangsa dan saksi sehingga kes selesai dan menetapkan 25 November depan sebagai sebutan semula kes.

Related Posts

Program Peduli Veteran MADANI terus dekati bekas perajurit

TANGGA BATU – Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari meneruskan Program Peduli Veteran MADANI Tangga Batu hari ini dengan menziarahi beberapa veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di sekitar Tanjung Kling yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Peruntukan RM140,000 perkasa kemudahan pendidikan SJK Chung Hua Krokop

MIRI – Warga Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Chung Hua Krokop kini boleh tersenyum gembira apabila dewan perhimpunan mereka telah dinaik taraf dan dilengkapi dengan kemudahan teknologi yang jauh lebih moden.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Program Peduli Veteran MADANI terus dekati bekas perajurit

Program Peduli Veteran MADANI terus dekati bekas perajurit

Peruntukan RM140,000 perkasa kemudahan pendidikan SJK Chung Hua Krokop

Peruntukan RM140,000 perkasa kemudahan pendidikan SJK Chung Hua Krokop

Sarawak perkasa sektor padi, Kampung Kaba berpotensi jadi jelapang moden

Sarawak perkasa sektor padi, Kampung Kaba berpotensi jadi jelapang moden

Kerajaan MADANI komited pastikan pembangunan Sabah lebih menyeluruh

Kerajaan MADANI komited pastikan pembangunan Sabah lebih menyeluruh

Khairuddin tegur pemimpin Pas, minta fakta sejarah sahabat Nabi tidak diputar belit

Khairuddin tegur pemimpin Pas, minta fakta sejarah sahabat Nabi tidak diputar belit

Amizar kecewa ADUN Bukit Ibam keliru pelaksanaan STR FELDA Pahang

Amizar kecewa ADUN Bukit Ibam keliru pelaksanaan STR FELDA Pahang