RMK13: RM51 bilion untuk sektor keselamatan bukti tidak pinggir kebajikan anggota

PUTRAJAYA – Peruntukan sebanyak RM51 bilion kepada sektor keselamatan dalam Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) merupakan satu isyarat jelas bahawa kerajaan mengiktiraf keselamatan sebagai tiang seri kepada kestabilan dan kemajuan negara.

Sehubungan itu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menghargai keutamaan yang telah diberikan terhadap pemerkasaan sektor keselamatan dan pertahanan.

“Lebih penting, saya ingin menzahirkan penghargaan atas penekanan serius Kerajaan terhadap kebajikan warga kerja keselamatan, khususnya anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan agensi-agensi lain yang berkhidmat di barisan hadapan.

“Penyediaan 1,368 unit kuarters baharu PDRM dan 3,088 unit kuarters ATM yang telah siap, ditambah 8,501 unit lagi yang sedang dibina, serta 69,141 unit kuarters sedia ada yang dibaik pulih, merupakan langkah yang sangat bermakna dalam menjaga kesejahteraan mereka dan ahli keluarga masing-masing,” katanya menerusi kenyataan, pada Khamis.

Dalam pada itu, Saifuddin berkata, inisiatif memodenkan sistem imigresen negara melalui Sistem Imigresen Bersepadu Nasional dan usaha memperkasa penggunaan teknologi termaju menggunakan Kecerdasan Buatan (AI) adalah tepat pada waktunya demi mendepani cabaran rentas sempadan.

“Dalam dunia yang kian mencabar dengan ancaman rentas sempadan, penyeludupan, jenayah siber, pemerdagangan manusia, dan risiko ekstremisme, keperluan untuk memperkukuh keupayaan operasi, logistik dan teknologi agensi-agensi keselamatan kita amatlah penting.

“Pendekatan ini membolehkan pasukan keselamatan negara berfungsi dengan lebih efisien, responsif dan strategik dalam menangani cabaran semasa, serta meningkatkan keberkesanan kawalan keselamatan di sempadan darat dan maritim, khususnya dalam menghadapi ketegangan geopolitik dan isu-isu keselamatan serantau seperti di Laut China Selatan,” tambahnya.

Mengulas lanjut Saifuddin menyifatkan kekuatan sesebuah negara tidak hanya diukur melalui senjata dan bilangan anggota keselamatan semata-mata tetapi melalui keupayaan menyediakan ekosistem sokongan yang menyeluruh dari latihan, logistik, teknologi hingga ke aspek kebajikan.

“Kementerian Dalam Negeri akan terus mendukung sepenuhnya pelaksanaan RMK13 dan mengambil tanggungjawab untuk memastikan inisiatif-inisiatif di bawah sektor keselamatan dalam negeri dapat dilaksanakan dengan berkesan.

“Kami komited untuk terus memperkukuh keselamatan dalam negeri, memelihara kedaulatan undang-undang, dan menjamin keamanan hidup rakyat Malaysia tanpa mengira latar belakang,” tambahnya.

“Justeru,usaha murni yang digariskan dalam RMK-13 ini akan membuahkan hasil yang berkekalan bukan hanya dalam bentuk pertumbuhan atau statistik pelaburan malah ketenteraman, keharmonian dan perpaduan rakyat Malaysia,” katanya.

Related Posts

MA63: Tuntutan 35 peratus kerusi Parlimen Sabah, Sarawak masih berjalan

KUCHING – Usaha kerajaan Sarawak dan Sabah untuk menuntut semula peruntukan 35 peratus (satu pertiga) kerusi Parlimen di Dewan Rakyat masih di peringkat perbincangan bersama Kerajaan Persekutuan dan belum mencapai…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerajaan teliti pembelajaran dalam talian, kurang penggunaan bahan api

KOTA KINABALU – Cadangan memperluas pelaksanaan pembelajaran dalam talian dalam kalangan mahasiswa antara langkah yang sedang diteliti kerajaan bagi mengurangkan penggunaan bahan api, selari dengan usaha penjimatan kos semasa negara.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Minat membaca generasi muda perlu diperkasa 

Minat membaca generasi muda perlu diperkasa 

Pendapatan RM14.2 bilion bukti Sarawak makin makmur di bawah GPS – Dr Sim

Pendapatan RM14.2 bilion bukti Sarawak makin makmur di bawah GPS – Dr Sim

MA63: Tuntutan 35 peratus kerusi Parlimen Sabah, Sarawak masih berjalan

MA63: Tuntutan 35 peratus kerusi Parlimen Sabah, Sarawak masih berjalan

Sabah ‘reset’ ekonomi, RM12 bilion pacu ekonomi digital, berasas sumber lestari

Sabah ‘reset’ ekonomi, RM12 bilion pacu ekonomi digital, berasas sumber lestari

Sumbangan untuk mangsa kebakaran Kampung Bahagia terus diterima

Sumbangan untuk mangsa kebakaran Kampung Bahagia terus diterima

Kerajaan teliti pembelajaran dalam talian, kurang penggunaan bahan api

  • By Ynom
  • April 23, 2026
Kerajaan teliti pembelajaran dalam talian, kurang penggunaan bahan api