RMK13: RM12.02 bilion untuk Sabah, utamakan pelaksanaan, impak pembangunan

KOTA KINABALU – Sabah bakal menyaksikan transformasi pembangunan yang terbesar dalam sejarah negeri ini apabila sebanyak RM12.02 bilion siling pembangunan diluluskan di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi membiayai 1,173 program dan projek.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berkata,
jumlah peruntukan yang besar itu bukan sekadar angka di atas kertas, sebaliknya menekankan pelaksanaan, impak dan memastikan manfaat pembangunan sampai kepada komuniti di seluruh Sabah.

“Industri pembinaan akan memainkan peranan utama dalam transformasi ini.

“Di seluruh Sabah, kita menyaksikan momentum kukuh dalam pembangunan infrastruktur, daripada jalan raya dan kemudahan kesihatan kepada utiliti serta jaringan digital,” katanya pada Majlis Perasmian International Construction Week (ICW) Borneo dan BuildXpo, teks ucapan dibacakan oleh Timbalan Ketua Menteri II, Datuk Seri Masidi Manjun, di sini, pada Selasa.

Tambah Hajiji, Lebuh Raya Pan Borneo merupakan contoh utama projek yang bukan sekadar menghubungkan kawasan, tetapi membuka peluang ekonomi dan meningkatkan akses di seluruh negeri.

“Pembangunan pusat bandar utama seperti Kota Kinabalu, Sandakan dan Tawau pula sedang berkembang menjadi hab moden dan dinamik yang mencerminkan Sabah baharu.

“Menyentuh cabaran pelaksanaan projek, keutamaan kini adalah mempercepatkan penyampaian, memperkukuh koordinasi dan memastikan projek dilaksanakan dengan nilai berkekalan,” ujarnya.

Menurut Hajiji, dalam tempoh lima tahun akan datang, tumpuan akan diberikan kepada strategi memperkukuh jaringan pengangkutan, sistem logistik dan pembangunan pelabuhan, bagi memacu perdagangan dan pertumbuhan ekonomi, selain memastikan kemajuan hari ini tidak menjejaskan peluang masa depan.

“Strategi lain termasuk memperluaskan akses perumahan mampu milik, yang diterjemahkan kepada penambahbaikan nyata dalam kehidupan rakyat Sabah serta meningkatkan standard industri melalui tadbir urus lebih baik, keupayaan kukuh dan akauntabiliti tinggi.

“Saya turut menekankan peranan ICW Borneo sebagai platform penting yang menghimpunkan idea, kepakaran dan kerjasama industri, membolehkan Sabah berhubung secara langsung dengan pemimpin industri, pelabur dan profesional yang boleh menjadi rakan dalam perjalanan pertumbuhan negeri.

“Kepada semua yang hadir, Sabah mengalu-alukan kerjasama anda. Kita mencari rakan yang membina dengan tujuan, melaksanakan dengan integriti dan komited terhadap kualiti.

“Peluang amat besar, meliputi infrastruktur, pembangunan bandar dan pertumbuhan mampan,” jelasnya.

Dalam pada itu, Hajiji turut menegaskan Sabah terbuka untuk perniagaan, bersedia menerima pelaburan dan komited terhadap kemajuan, menandakan negeri ini sedang melangkah ke era pembangunan yang lebih inklusif dan mampan.

Related Posts

PKR desak Nik Zawawi perjelas kenyataan hina sahabat Rasulullah

KUALA LUMPUR – Parti Keadilan Rakyat (PKR) mendesak Ahli Parlimen Pasir Putih, Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh, tampil memberikan penjelasan berhubung kenyataan beliau yang didakwa mengandungi tohmahan terhadap sahabat…

Lebih lanjut

teruskan membaca
KTC bina hab logistik RM150 juta di Sabah, buka lebih 500 peluang pekerjaan

KOTA KINABALU – Sabah terus memperkukuh kedudukannya sebagai destinasi pelaburan industri apabila syarikat tempatan, KTC Consolidated Berhad, memulakan pembinaan hab logistik dan gudang bernilai RM150 juta di Taman Perindustrian Kota…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PKR desak Nik Zawawi perjelas kenyataan hina sahabat Rasulullah

PKR desak Nik Zawawi perjelas kenyataan hina sahabat Rasulullah

KTC bina hab logistik RM150 juta di Sabah, buka lebih 500 peluang pekerjaan

KTC bina hab logistik RM150 juta di Sabah, buka lebih 500 peluang pekerjaan

UMS terajui perbincangan risiko bencana bersepadu

UMS terajui perbincangan risiko bencana bersepadu

Konvensyen PH di Johor perlu jadi penentu arah kerjasama PH-BN

Konvensyen PH di Johor perlu jadi penentu arah kerjasama PH-BN

Pensyarah kanan UMS dinobat Tokoh Jururawat Pendidikan Kebangsaan 2026

Pensyarah kanan UMS dinobat Tokoh Jururawat Pendidikan Kebangsaan 2026

Hina sahabat Rasulullah perbuatan tidak beradab, ditegah dalam Islam – Zulkifli

Hina sahabat Rasulullah perbuatan tidak beradab, ditegah dalam Islam – Zulkifli