RMK13 pacu reformasi inklusif, teraju pembangunan negara lebih mampan – Fahmi

PUTRAJAYA – Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) yang dibentangkan Perdana Menteri, bertemakan Melakar Semula Pembangunan disifatkan refleksi atau terjemahan kepada wadah yang akan dibawa Kerajaan MADANI bagi tempoh 2026 sehingga 2030.

Jurucakap Kerajaan MADANI, Datuk Fahmi Fadzil berkata, dasar tersebut memahami pelbagai peluang yang wujud dengan trend mega serta cabaran domestik yang ada, selain mencakupi semua dimensi termasuk kemampanan ekonomi, kesejahteraan rakyat, kelestarian alam serta pengukuhan tatakelola.

Menurutnya, RMK13 merangkumi tiga teras utama iaitu, meningkatkan siling pendapatan negara di samping meningkatkan pendapatan rakyat serta perkukuh tatakelola yang progresif.

“Terdapat empat tunggak dan sembilan tumpuan seperti yang diumumkan secara umumnya fokus peralihan secara menyeluruh bagi tempoh lima tahun akan datang termasuk aspek pendigitalan dan teknologi baru muncul ataupun teknologi termaju khususnya kecerdasan buatan (AI) yang mana kita berharap dalam tempoh lima tahun akan datang menjadikan Malaysia antara negara berteraskan AI utama di dunia.

“Kita juga akan memberi pengkhususan dan menjadikan insan MADANI sebagai teras serta masyarakat bersatu di bawah pendekatan keseluruhan negara,” katanya pada sidang media di Dewan Rakyat, pada Khamis.

Dalam pada itu, Fahmi yang juga Menteri Komunikasi memaklumkan, pihaknya akan memberi tumpuan kepada pembangunan serta pengukuhan ekosistem industri kreatif sebagai salah satu komponen ‘high growth, high value’ (HGHV) dalam RMK13.

Menurutnya, usaha itu diharapkan dapat meningkatkan daya saing melalui penghasilan karya yang mempunyai nilai komersial tinggi untuk dinimati masyarakat tempatan serta luar negara, selain membangunkan bakat kreatif serta memantapkan rantaian nilai industri kreatif.

“Bagi kementerian komunikasi kita akan kerahkan MyCreative Ventures dari aspek pendanaan dan finas dari aspek pensijilan dan pelesenan utk ambil apa diarahkan PM iaitu beri fokus kepada animasi di situ kita akan beri tumpuan sama ada melalui dana padanan atau melalui inisiatif-inisiatif lain.

“Kita juga akan membantu dalam usaha membantu memperkukuhkan pembangunan ekonomi digital melalui infrastruktur digital yang akan ditambah baik untuk meningkatkan capaian internet khususnya berkelajuan tinggi. Jadi fokus kita melalui ikhtiar dan inisiatif untuk pastikan capaian internet meluas internet, murah untuk rakyat dan paling penting menjadi selamat untuk kanak kanak dan keluarga,

Menyentuh mengenai inisiatif MYDigital ID, beliau menjelaskan bahawa sistem log masuk tunggal itu akan diperluas kepada entiti perniagaan bagi mempermudah akses kepada pasaran global dan perkhidmatan pembiayaan yang lebih selamat.

“Ini setelah terima maklum balas dari pelbagai pihak serta NGO (pertubuhan bukan kerajaan) yang menegaskan pentingnya internet khusus media sosial lebih selamat dan tidak disalah guna oleh penjenayah untuk memangsakan kanak-kanak..

“Satu lagi aspek menaikkan siling dengan beri tumpuan seimbang (terhadap) kemajuan eknomi antara wilayah dan perkukuh pembangunan desa. Insya-Allah beberapa iktiar akan dipertingkatkan termasuk bidang telekomunikasi bagi membangun sosioekonomi anak negeri Sabah dan Sarawak. Kita lihat beberapa iktiar sama ada di bawah program Jendela dan projek sedia diperhebat bagi memastikan usaha ini akan dapat dicapai,” katanya.

Related Posts

MA63: Tuntutan 35 peratus kerusi Parlimen Sabah, Sarawak masih berjalan

KUCHING – Usaha kerajaan Sarawak dan Sabah untuk menuntut semula peruntukan 35 peratus (satu pertiga) kerusi Parlimen di Dewan Rakyat masih di peringkat perbincangan bersama Kerajaan Persekutuan dan belum mencapai…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerajaan teliti pembelajaran dalam talian, kurang penggunaan bahan api

KOTA KINABALU – Cadangan memperluas pelaksanaan pembelajaran dalam talian dalam kalangan mahasiswa antara langkah yang sedang diteliti kerajaan bagi mengurangkan penggunaan bahan api, selari dengan usaha penjimatan kos semasa negara.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Minat membaca generasi muda perlu diperkasa 

Minat membaca generasi muda perlu diperkasa 

Pendapatan RM14.2 bilion bukti Sarawak makin makmur di bawah GPS – Dr Sim

Pendapatan RM14.2 bilion bukti Sarawak makin makmur di bawah GPS – Dr Sim

MA63: Tuntutan 35 peratus kerusi Parlimen Sabah, Sarawak masih berjalan

MA63: Tuntutan 35 peratus kerusi Parlimen Sabah, Sarawak masih berjalan

Sabah ‘reset’ ekonomi, RM12 bilion pacu ekonomi digital, berasas sumber lestari

Sabah ‘reset’ ekonomi, RM12 bilion pacu ekonomi digital, berasas sumber lestari

Sumbangan untuk mangsa kebakaran Kampung Bahagia terus diterima

Sumbangan untuk mangsa kebakaran Kampung Bahagia terus diterima

Kerajaan teliti pembelajaran dalam talian, kurang penggunaan bahan api

  • By Ynom
  • April 23, 2026
Kerajaan teliti pembelajaran dalam talian, kurang penggunaan bahan api