RM350,000 diluluskan baik pulih fasiliti pendidikan Islam di Pahang

KUANTAN – Kerajaan MADANI terus memperkukuh pendidikan Islam dengan meluluskan peruntukan sebanyak RM350,000 bagi menyokong pembinaan serta kerja baik pulih fasiliti dan infrastruktur Pusat Pendidikan Ribath Al-Mustofa dan Ribath Az-Zahra Al-Batul di Pahang.

Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, Datuk Ahmad Farhan Fauzi berkata, komitmen kerajaan itu dizahirkan menerusi pelbagai dasar, program dan langkah strategik menyeluruh bagi memartabatkan syiar Islam di negara ini.

Menurutnya, komitmen tersebut turut diterjemahkan melalui Belanjawan 2026 apabila sebanyak RM2.6 bilion diperuntukkan bagi memperkukuh pendidikan Islam serta pembangunan sektor berkaitan, termasuk maahad tahfiz, sekolah agama rakyat dan institusi pondok.

“Kelulusan peruntukan itu dibuat susulan lawatan kerja ke Pusat Pendidikan Ribath Al-Mustofa, Sungai Karang Pantai, bagi meninjau secara langsung keadaan fasiliti dan infrastruktur pusat pendidikan diasaskan Ustaz Uwais Al-Qarni Abdul Wahab,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Lawatan itu disertai Pengarah Pejabat Pembangunan Negeri Pahang, Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri, Datuk Razihan Adzharuddin.

Ahmad Farhan berkata, peruntukan diluluskan Perdana Menteri itu bertujuan memastikan para pelajar dapat menimba ilmu agama dalam persekitaran yang lebih selesa, selamat dan kondusif.

Jelasnya, usaha tersebut diharap dapat menjadi pemangkin kepada pembangunan pendidikan Islam serta menyuntik semangat kepada generasi muda untuk terus mendalami ilmu agama dan melahirkan insan berilmu yang mampu menyumbang kepada agama, masyarakat dan negara.

Related Posts

RM1 juta suntikan segera PMKS Sabah, kerajaan negeri perluas SME-Up 2026

TENOM – Dalam usaha memperkukuh daya tahan ekonomi negeri, Kerajaan Sabah mengambil langkah proaktif dengan memperkenalkan Tabung Khas Pembangunan Keusahawanan berjumlah RM1 juta serta memperluaskan pelaksanaan Program SME-Up 2026 bagi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Projek RM123 juta naik taraf laluan pedalaman Ngemah

KANOWIT – Sarawak terus komited memperkukuh infrastruktur luar bandar menerusi projek naik taraf laluan balak yang menghubungkan Skim Penempatan Semula (SPS) Ngungun ke SPS Jagau di kawasan Ngemah, menelan belanja…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

UMNO perlu hala tuju jangka panjang, perkasa pembangunan Melayu

UMNO perlu hala tuju jangka panjang, perkasa pembangunan Melayu

SPRM panggil Rafizi bantu siasatan pelaburan RM1.1 bilion Isnin ini

SPRM panggil Rafizi bantu siasatan pelaburan RM1.1 bilion Isnin ini

RM1 juta suntikan segera PMKS Sabah, kerajaan negeri perluas SME-Up 2026

RM1 juta suntikan segera PMKS Sabah, kerajaan negeri perluas SME-Up 2026

Projek RM123 juta naik taraf laluan pedalaman Ngemah

Projek RM123 juta naik taraf laluan pedalaman Ngemah

Kaul Mukah wadah kukuhkan perpaduan, pemangkin pelancongan

Kaul Mukah wadah kukuhkan perpaduan, pemangkin pelancongan

UMNO perlu tangani keresahan Melayu, perbaiki keyakinan rakyat

UMNO perlu tangani keresahan Melayu, perbaiki keyakinan rakyat