RM15.09 bilion projek lebuh raya dianugerah kepada kontraktor Bumiputera – Ahmad Maslan

KUALA LUMPUR – Nilai projek berkaitan lebuh raya yang dianugerahkan kepada kontraktor Bumiputera gred pendaftaran G7 ke G1 setakat suku ketiga 2024 mencapai RM15.09 bilion.

Jumlah ini hampir menyamai nilai projek yang diagihkan kepada golongan itu pada tahun lepas iaitu RM15.10 bilion.

Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, daripada jumlah itu RM335 juta telah dianugerahkan kepada 1,631 syarikat Bumiputera G1 tahun ini, berbanding RM333 juta yang diterima oleh 1,585 syarikat G1 pada tahun lepas.

“Ini menunjukkan peningkatan dalam penglibatan syarikat Bumiputera dalam projek-projek lebuh raya, yang mencerminkan kemampuan dan komitmen mereka dalam menyumbang kepada pembangunan infrastruktur negara,” katanya.

Ahmad Maslan berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan Program Matchmaking Persatuan Kontraktor Bumiputera Bersama Syarikat Konsesi Lebuh Raya di bangunan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) di Bangi pada Isnin.

Turut hadir Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) Kementerian Kerja Raya, Datuk Mohd Sakeri Abdul Kadir; Ketua Pengarah LLM, Datuk Sazali Harun; Presiden Persatuan Syarikat-Syarikat Konsesi Lebuhraya Malaysia, Datuk Zakaria Ahmad Zabidi dan Presiden Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia, Datuk Mohd Rosdi Ab Aziz; lapor Bernama.

Terdahulu dalam ucapannya Ahmad Maslan berkata, program ‘matchmaking’ pada hari ini bertujuan meningkatkan penyertaan kontraktor Bumiputera dalam projek berkaitan lebuh raya pada masa akan datang, sekali gus meningkatkan penguasaan ekonomi Bumiputera.

Related Posts

Harga ayam, telur di Sabah tinggi: Kebergantungan makanan import sehingga 98% punca utama

KOTA KINABALU – Kebergantungan terhadap makanan haiwan import dikenal pasti sebagai punca utama isu harga ayam dan telur lebih tinggi di Sabah berbanding di Semenanjung. Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Wisma Putra kemas kini nasihat perjalanan ke Asia Barat, termasuk jemaah haji

KUALA LUMPUR – Kementerian Luar mengemas kini nasihat perjalanan ke rantau Asia Barat dan menggesa rakyat Malaysia termasuk jemaah haji supaya mendaftar keberadaan serta mengemas kini maklumat perhubungan melalui portal…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Inisiatif Kebun Dapur, SAMA perkukuh keterjaminan makanan Sabah – Jamawi

Inisiatif Kebun Dapur, SAMA perkukuh keterjaminan makanan Sabah – Jamawi

Harga ayam, telur di Sabah tinggi: Kebergantungan makanan import sehingga 98% punca utama

Harga ayam, telur di Sabah tinggi: Kebergantungan makanan import sehingga 98% punca utama

Sidang DUN Perlis minggu depan ditangguhkan

Sidang DUN Perlis minggu depan ditangguhkan

Wisma Putra kemas kini nasihat perjalanan ke Asia Barat, termasuk jemaah haji

Wisma Putra kemas kini nasihat perjalanan ke Asia Barat, termasuk jemaah haji

Malaysia peroleh 785 hektar wilayah hasil pemuktamadan sempadan

Malaysia peroleh 785 hektar wilayah hasil pemuktamadan sempadan

Jangan guna media sosial sebar hasutan

Jangan guna media sosial sebar hasutan