RM1 juta jayakan Kampung Angkat MADANI Santan Selatan

KANGAR – Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM1 juta bagi menjayakan Program Kampung Angkat MADANI di Kampung Santan Selatan, dekat sini sehingga hujung tahun ini.

Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Datuk Seri Suriani Ahmad berkata, peruntukan itu meliputi projek membaik pulih infrastruktur asas termasuk Klinik Desa Santan yang uzur, sistem saliran, jalan kampung dan dewan orang ramai.

“Kampung Santan Selatan dipilih kerana ia mempunyai potensi besar untuk dibangunkan selain menjadi kampung tempat saya membesar,” katanya ketika berucap merasmikan majlis peluncuran program tersebut di Dewan Masjid Nurus Said Santan, hari ini

Beliau berkata, kerja baik pulih Klinik Desa Santan sedang dilaksanakan manakala isu saliran longkang yang menyebabkan banjir kilat akan ditangani dengan kerjasama Jabatan Kerja Raya (JKR).

“Sepanjang 170 meter longkang konkrit jenis U-Shape akan dibina dengan kos RM200,000, namun pelaksanaan tertangguh seketika kerana halangan tiga batang tiang telekomunikasi milik TM. Saya berharap pihak TM dapat mempercepatkan pengalihan itu,” katanya.

Suriani berkata, kerja menurap jalan di Lorong Kampung Aur dan Lorong Asam Enam telah pun siap manakala isu pengurusan sampah turut diselesaikan dengan persetujuan mewujudkan tapak tong baharu berhampiran tanah perkuburan.

Selain itu, katanya, Dewan Orang Ramai Seri Santan yang uzur akan dibaik pulih termasuk pembinaan tandas tambahan, penyediaan perabot baharu dan kemudahan riadah seperti papan karom serta meja ping pong.

“Melalui rundingan dengan Telekom Malaysia, dewan ini turut dilengkapi rangkaian WiFi pada kadar sewaan RM199 sebulan selama 48 bulan, sepenuhnya ditanggung peruntukan Kampung Angkat MADANI,” ujarnya.

Dalam pada itu, Sekolah Kebangsaan Santan turut dipilih sebagai Sekolah Angkat MADANI dengan peruntukan RM100,000 bagi menaik taraf kemudahan dan meningkatkan pencapaian akademik murid.

“Program ini bertujuan memperkasa pendidikan luar bandar secara holistik meliputi infrastruktur, akademik, pembangunan guru, bantuan kewangan serta sahsiah pelajar,” jelasnya.

Bagi membantu golongan kurang berkemampuan, sebanyak 125 penerima e-Kasih menerima baucar RM100 melalui Program Sentuhan Kasih MADANI yang boleh digunakan untuk membeli barangan keperluan di premis Ishah Bintong Sdn. Bhd.

“Usaha ini bukan sahaja meringankan beban keluarga asnaf, malah merancakkan aktiviti ekonomi setempat,” katanya lagi.

Related Posts

Tetapan 13+ diperluas, Meta tingkat keselamatan akaun remaja

KUALA LUMPUR – Meta Platforms memperkenalkan penambahbaikan ciri keselamatan Akaun Remaja di Instagram di Malaysia menerusi pelaksanaan tetapan kandungan 13+ serta kawalan ibu bapa yang lebih komprehensif bagi pengguna berusia…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Isu tenaga, geopolitik jadi fokus pertemuan Anwar–Albanese

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, hari ini mengadakan pertemuan empat mata bersama rakan sejawatnya dari Australia, Anthony Albanese, dengan fokus memperkukuh hubungan dua hala serta menangani cabaran…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kos bahan api tinggi, subsidi untuk pusat kebajikan wajar dipertimbang

Kos bahan api tinggi, subsidi untuk pusat kebajikan wajar dipertimbang

Bersatu akan kuburkan PN menerusi ‘trojan horse’

Bersatu akan kuburkan PN menerusi ‘trojan horse’

Tetapan 13+ diperluas, Meta tingkat keselamatan akaun remaja

Tetapan 13+ diperluas, Meta tingkat keselamatan akaun remaja

Isu tenaga, geopolitik jadi fokus pertemuan Anwar–Albanese

Isu tenaga, geopolitik jadi fokus pertemuan Anwar–Albanese

Jersi papar unsur judi, Pemuda UMNO desak siasatan

Jersi papar unsur judi, Pemuda UMNO desak siasatan

Pesara wanita berputih mata, rugi RM1.17 juta akibat ‘Love Scam’

Pesara wanita berputih mata, rugi RM1.17 juta akibat ‘Love Scam’