RM1.65 juta diluluskan untuk pembangunan sekolah di Kabong

KABONG – Sebanyak RM1.65 juta diperuntukkan menerusi Agensi Pembangunan Bahagian Betong (BDDA) untuk melaksanakan tiga projek pembangunan infrastruktur pendidikan di kawasan Kabong.

Projek tersebut melibatkan pembinaan blok dua tingkat dan tempat menunggu berbumbung di SJKC Chung Hua Kabong, naik taraf dewan terbuka di SMK Kabong, serta pembinaan pagar baharu di SK Engkabang.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kabong, Datuk Mohd Chee Kadir berkata, inisiatif ini adalah sebahagian daripada komitmen Kerajaan Sarawak untuk memperkukuh infrastruktur pendidikan di luar bandar dan memastikan kesamarataan kemudahan asas untuk semua lapisan masyarakat.

“Saya akan terus memantau pelaksanaan projek-projek ini agar dapat disiapkan mengikut jadual dan piawaian yang ditetapkan,” katanya selepas menghadiri Taklimat Projek Pembangunan Infrastruktur Sekolah di bawah BDDA bagi DUN Kabong, hari ini.

Tambahnya, beliau berharap ia akan memberi manfaat besar kepada komuniti pendidikan, terutamanya murid dan guru.

Taklimat tersebut turut dihadiri wakil agensi berkaitan, termasuk BDDA, Jabatan Tanah dan Survei (JTS) Bahagian Betong, Jabatan Kerja Raya (JKR) Saratok, Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Saratok, serta pihak pengurusan SJKC Chung Hua Kabong.

Langkah ini, menurut Mohd Chee, mencerminkan keprihatinan Kerajaan Sarawak dalam menyediakan kemudahan pendidikan yang lebih baik di kawasan luar bandar, sekaligus menyumbang kepada pembangunan pendidikan negeri secara menyeluruh.

Foto: Pusat Khidmat ADUN N.40 Kabong

Related Posts

Sultan Ibrahim perkenan pelantikan 14 hakim, 17 ahli MAINPP

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, hari ini berkenan mengurniakan surat cara pelantikan kepada 14 hakim dalam satu istiadat rasmi yang berlangsung di Istana Negara. Istiadat dimulakan dengan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
RM5 bilion jaminan pembiayaan bantu PMKS hadapi tekanan global – PM

PUTRAJAYA – Kerajaan mengumumkan beberapa langkah segera bagi membantu meringankan tekanan yang dihadapi oleh perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) susulan krisis tenaga global serta konflik di Asia Barat. Perdana…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pesta Vaisakhi perkukuh perpaduan, tarik pelancong antarabangsa

Pesta Vaisakhi perkukuh perpaduan, tarik pelancong antarabangsa

Pasangan warga emas maut, cucu cedera kemalangan 2 kenderaan

Pasangan warga emas maut, cucu cedera kemalangan 2 kenderaan

Lebih 3,000 mohon jadi ahli UMNO secara dalam talian

Lebih 3,000 mohon jadi ahli UMNO secara dalam talian

Projek jalan RM47 juta pacu pembangunan sosioekonomi Muara Payang

Projek jalan RM47 juta pacu pembangunan sosioekonomi Muara Payang

Sultan Ibrahim perkenan pelantikan 14 hakim, 17 ahli MAINPP

Sultan Ibrahim perkenan pelantikan 14 hakim, 17 ahli MAINPP

Penunggang motosikal maut dirempuh lori simen

Penunggang motosikal maut dirempuh lori simen