APABILA Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI) menjerit kononnya ‘RM1.32 bilion royalti petroleum tak masuk akaun kerajaan negeri’, yang lebih kelakar bukan angka itu tetapi cara mereka cuba menipu rakyat menggunakan retorik separuh masak.
Seolah-olah selama ini rakyat Terengganu bodoh dan tidak faham bagaimana sistem kewangan negara berfungsi.
Mari kita bongkar satu per satu.
Duit royalti BUKAN hilang, cuma tak masuk akaun yang UPDI nak ‘spin’.
Ya, duit itu tak masuk Akaun Hasil Negeri.
Betul.
TAPI itu memang prosedur sejak zaman Pas, BN, PH dan PN. Bukan benda baharu.
Royalti masuk ke Akaun Amanah, bukan Akaun Hasil Biasa.
Akaun Amanah itu bawah siapa?
BAWAH KERAJAAN NEGERI TERENGGANU SENDIRI.
Jadi soalan sebenar ialah:
Kenapa kerajaan negeri sendiri tak mengaku itu akaun milik mereka?
Kenapa cuba buat rakyat percaya duit ‘tak sampai’?
Ingat rakyat sekolah tadikakah?
Naratif ‘pusat tahan duit’ – Skrip lama bila negeri gagal urus ekonomi
Setiap kali kerajaan negeri lemah, gagal jana hasil, gagal bantu rakyat, gagal kawal kos hidup…
maka muncullah skrip lama:
“Pusat tak bagi duit… pusat tak adil… pusat zalim…”
Padahal fakta paling memalukan dalam Belanjawan Terengganu sendiri ialah:
Hasil negeri cuma RM288 juta.
Pusat bagi RM1.7 bilion.
Siapa yang sebenarnya menanggung siapa?
Pas Terengganu hidup atas mesin hayat kewangan Kerajaan Persekutuan, tetapi di pentas ceramah dia tunjuk lagak macam negeri terlalu kaya sampai Persekutuan cemburu.
Kalau benar kaya, kenapa hasil negeri cuma 14 peratus daripada keseluruhan belanjawan?
Bila rakyat marah isu premium tanah, tarif air & pinjaman kereta YB UPDI keluarkan poster baru
Poster ini tak lain hanyalah alat pengalihan perhatian, selepas kepimpinan negeri dikecam bertubi-tubi kerana:
menaikkan premium tanah secara mendadak
menaikkan tarif air
memotong bantuan rakyat
membeli kenderaan mewah RM200,000 untuk YB
meluluskan pinjaman kereta RM16 juta untuk ADUN
gagal mengurus hasil negeri secara berkesan
Bila rakyat marah, tiba-tiba muncul poster:
‘RM1.32 bilion tak masuk akaun kerajaan negeri!’
Ini bukan maklumat, ini operasi menyelamat maruah kerajaan negeri.
Kenapa tak tunjuk Akaun Amanah royalti? Apa yang disorok?
Jika betul duit tak masuk, mudahkan sahaja:
Tunjukkan penyata akaun
Tunjukkan surat pembayaran
Tunjukkan audit
Tapi pelik
setiap kali isu ini timbul, UPDI lebih sibuk buat poster daripada tunjuk bukti.
Lebih pelik lagi:
Akaun Amanah itu sebenarnya berada di bawah kerajaan negeri sendiri.
Kalau tak masuk, kenapa tak tunjuk?
Atau sebenarnya…
sudah masuk, cuma tak mahu rakyat tahu ke mana ia dibelanjakan?
Sandiwara untuk tutup lubang gagal urus negeri
Mari jujur:
Jika negeri pandai urus ekonomi, tak perlu minta sedekah pusat.
Jika negeri cekap, tak perlu naikkan premium tanah sampai rakyat merintih.
Jika negeri stabil, tak perlu ugut rakyat dengan naratif pusat zalim.
Jika kerajaan negeri telus, tak perlu sembunyikan Akaun Amanah.
Isu royalti ini hanyalah kambing hitam rasmi Pas Terengganu.
Setiap kali rakyat tanya:
“Kenapa bantuan dipotong? Kenapa air naik? Kenapa tak ada pembangunan negeri?”
Jawapan mereka:
“Pusat tahan duit.”
Padahal 80 peratus duit yang mereka belanjakan pun datang dari pusat.
Spin royalti tidak akan tutup kegagalan
Kenyataan UPDI ini tidak lebih daripada cuba menutup:
kelemahan pentadbiran,
ketidakcekapan ekonomi,
kegagalan merancang hasil negeri,
dan keputusan yang membebankan rakyat.
Rakyat sekarang bukan macam 20 tahun dulu.
Rakyat boleh baca belanjawan, tengok audit, tengok angka dan tanya soalan:
“Kalau duit tak masuk akaun negeri, kenapa Akaun Amanah negeri tunjuk sebaliknya?”
“Kenapa kerajaan negeri sendiri lulus projek guna dana itu?”
“Kenapa UPDI tak sebut bagaimana royalti sepatutnya disalur?”
Sebenarnya jawapannya mudah:
Royalti masuk.
Kerajaan negeri terima.
UPDI cuma tak mahu rakyat tahu perkara sebenar.
Kerajaan negeri gagal,
dan poster propaganda ini hanyalah lilin terakhir dalam gelap, bukan penyelesaian.






