Riwayat ‘si bongkok’ jadi ‘poster boy’ sudah tamat – Hamzah

PORT DICKSON – Negara memerlukan pemimpin muda yang boleh diangkat untuk menerajui negara dan bukannya individu yang tidak dapat menilai kemampuan diri sendiri.

Ketua pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, ramai individu bercita-cita mahu menjadi pemimpin utama termasuk Perdana Menteri.

Bagaimanapun, beliau berpandangan perkara tersebut perlu disertai dengan pelbagai kemampuan serta kewibawaan dalam memimpin yang membuka jiwa masyarakat awam terhadap pembangkang.

“Apa salahnya kita menyokong dan memberikan peluang kepada seorang pemimpin muda yang boleh dilihat sebagai wajah baharu.

“Inilah yang kita mahukan dalam negara kita. Kita mahukan wajah yang baharu, bukan seseorang yang masih lagi terbongkok-bongkok untuk menjadi ‘poster boy’,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas majlis Moreh Perdana dan Pelancaran Gempur Rasuah Negeri Sembilan anjuran Bersatu Bahagian Port Dickson, malam Sabtu.

Dalam pada itu, Hamzah berkata, pelantikan Naib Presiden Pas, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar sebagai Pengerusi Perikatan Nasional (PN) telah membuka ruang kepada kepemimpinan segar.

Beliau yang juga yang juga Ahli Parlimen Larut, Ahmad Samsuri memiliki kemampuan dalam membawa pendekatan berbeza dalam gabungan tersebut.

“Saya hendak beritahu, saya merupakan seorang penyokong kuat Dr. Sam (Ahmad Samsuri) untuk teruskan perjuangan sebagai Pengerusi PN,” katanya.

Related Posts

Pelan kesinambungan bekalan minyak negara diumum pertengahan bulan ini

KUALA LUMPUR – Kerajaan dijangka mengumumkan pelan kesinambungan bekalan minyak negara pada pertengahan bulan ini susulan ketidaktentuan bekalan global akibat konflik berlarutan di Asia Barat dan penutupan Selat Hormuz. Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PM imbau kenangan bersama SMK Banggi

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengimbau kembali kenangan lawatan beliau ke Sekolah Menengah Kebangsaan Banggi ketika mengadakan kunjungan ke pulau berkenaan baru-baru ini. Menurut beliau, lawatan kali ini cukup…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Rumah api Tanjung Lobang berpotensi diperkasa sebagai tapak warisan sejarah Miri

Rumah api Tanjung Lobang berpotensi diperkasa sebagai tapak warisan sejarah Miri

Pemerkasaan pendidikan dan warisan Bidayuh harus dipelihara

Pemerkasaan pendidikan dan warisan Bidayuh harus dipelihara

Pelan kesinambungan bekalan minyak negara diumum pertengahan bulan ini

Pelan kesinambungan bekalan minyak negara diumum pertengahan bulan ini

Ceelecia dinobat Unduk Ngadau peringkat daerah Sandakan 2026

Ceelecia dinobat Unduk Ngadau peringkat daerah Sandakan 2026

Pesta Kaamatan medan erat hubungan politik tanpa mengira parti – James

Pesta Kaamatan medan erat hubungan politik tanpa mengira parti – James

PM imbau kenangan bersama SMK Banggi

PM imbau kenangan bersama SMK Banggi