
LAWAS – River Rafting Challenge Festival telah dianjurkan dengan jayanya di Long Tengoa Trusan yang disempurnakan oleh Ahli Parlimen Lawas Dato Henry Sum Agong mewakilli Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan.
Henry Sum berharap acara ini dapat menarik pelancong dengan program seperti ini agar dapat meningkatkan sosioekonomi masyarakat tempatan.
Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sindumin Datuk Dr Yusof Yacob berkata pertukaran ekonomi yang saling bergantung dan diharap pembinaan lapangan terbang di Lawas nanti dapat memudahkan pergerakkan terutama pengunjung dari Sipitang.
Ujarnya lagi, dengan adanya program ini kita dapat mempromosikan budaya kita kepada pelancong luar agar tidak dilupakan
Terdapat beberapa aktiviti yang dianjurkan seperti pertandingan Bola Sepak Piala Dato Henry Sum Agong 2024, Pertandingan Simanuk, Pertandingan Tarik Tali, Long Tengoa River Rafting Challenge 2024 Piala Datuk Amar Haji Awang Tengah Ali Hasan.
Turut hadir Pegawai Daerah Lawas Ladin Atok , Presiden Persatuan Tagal Okolod Sarawak Musa Angau, Presiden Murud Okolod Kalimantan Ricky Buntulon dan Presiden Murut Sipitang Fauzi Antahar.






