Ringgit kembali cecah paras RM4.19 berbanding dolar

PUTRAJAYA – Ringgit mencecah kembali paras RM4.19 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) ketika dibuka pada Selasa, dipacu oleh Indeks Harga Pengguna (IHP) Malaysia yang lebih rendah daripada jangkaan serta pengurangan kadar faedah Rizab Persekutuan AS sebanyak 50 mata asas.

Paras sokongan serta-merta ringgit kini dijangka pada RM4.07.

Pada jam 8 pagi, mata wang tempatan didagangkan pada 4.1995/2055 berbanding dolar AS daripada 4.2000/2060 ketika ditutup Isnin.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, ringgit dijangka kekal disokong dengan baik hari ini apabila data IHP yang dikeluarkan semalam menunjukkan kadar inflasi mereda kepada 1.9 peratus.

Beliau menjelaskan perkara itu menunjukkan inflasi telah stabil.

“Kadar inflasi stabil ketika aktiviti ekonomi di Malaysia terus berkembang dengan baik.

“Ini akan memberi dorongan kepada Bank Negara Malaysia untuk mengekalkan pendirian dasar monetari semasa, yang disifatkan menyokong pertumbuhan,” katanya.

Mohd Afzanizam berkata, keadaan itu adalah positif untuk ringgit kerana perbezaan antara kadar faedah AS dan Malaysia akan mengecil selepas ini.

Sementara itu, ringgit didagangkan rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.

Mata wang tempatan susut berbanding euro kepada 4.6661/6727 daripada 4.6645/6712 ketika ditutup semalam, dan turun berbanding pound British kepada 5.6059/6139 dari 5.5805/5885.

Ringgit juga rendah berbanding yen Jepun kepada 2.9253/9298 dari 2.9238/9282.

Bagaimanapun, ringgit diniagakan stabil berbanding mata wang negara Asean.

Related Posts

RM1 juta suntikan segera PMKS Sabah, kerajaan negeri perluas SME-Up 2026

TENOM – Dalam usaha memperkukuh daya tahan ekonomi negeri, Kerajaan Sabah mengambil langkah proaktif dengan memperkenalkan Tabung Khas Pembangunan Keusahawanan berjumlah RM1 juta serta memperluaskan pelaksanaan Program SME-Up 2026 bagi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Ringgit kukuh, unjuran IMF meningkat bukti keyakinan global terhadap ekonomi Malaysia

KUALA LUMPUR – Pengukuhan nilai ringgit serta semakan naik unjuran ekonomi Malaysia oleh Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) mencerminkan keyakinan berterusan komuniti kewangan antarabangsa terhadap asas ekonomi negara. Setiausaha Politik Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

UMNO perlu hala tuju jangka panjang, perkasa pembangunan Melayu

UMNO perlu hala tuju jangka panjang, perkasa pembangunan Melayu

SPRM panggil Rafizi bantu siasatan pelaburan RM1.1 bilion Isnin ini

SPRM panggil Rafizi bantu siasatan pelaburan RM1.1 bilion Isnin ini

RM1 juta suntikan segera PMKS Sabah, kerajaan negeri perluas SME-Up 2026

RM1 juta suntikan segera PMKS Sabah, kerajaan negeri perluas SME-Up 2026

Projek RM123 juta naik taraf laluan pedalaman Ngemah

Projek RM123 juta naik taraf laluan pedalaman Ngemah

Kaul Mukah wadah kukuhkan perpaduan, pemangkin pelancongan

Kaul Mukah wadah kukuhkan perpaduan, pemangkin pelancongan

UMNO perlu tangani keresahan Melayu, perbaiki keyakinan rakyat

UMNO perlu tangani keresahan Melayu, perbaiki keyakinan rakyat