Ringgit diniagakan mendatar namun kekal tinggi

KUALA LUMPUR – Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS pada Jumaat, menjelang ucapan Pengerusi Rizab Persekutuan (Fed) AS Jerome Powell hari ini di Simposium Jackson Hole.

Pada 8 pagi, ringgit naik kepada 4.3740/3840 berbanding dolar AS daripada 4.3760/3800 semalam.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, peserta pasaran lebih berhati-hati mengenai prospek ekonomi AS dan ini dapat diterjemahkan kepada penurunan kadar faedah yang dijangka bermula bulan depan.

Bagaimanapun, katanya Indeks Dolar AS (DXY) meningkat 0.5 peratus kepada 101.508 mata semalaman manakala hasil Perbendaharaan AS untuk tempoh dua tahun, yang biasanya menunjukkan reaksi terhadap perubahan dalam Kadar Dana Fed, naik tujuh mata asas kepada 3.99 peratus.

“Ringgit dijangka kekal mendatar pada sekitar RM4.37 hingga RM4.38 berikutan pasaran menunggu lebih banyak petunjuk daripada pengerusi Fed, yang dijangka menyampaikan ucapan pada malam ini di Simposium Jackson Hole,” katanya kepada Bernama.

Sementara itu, ringgit diniagakan tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.

Ia mengukuh berbanding yen Jepun kepada 2.9912/9984 daripada 3.0051/0082 pada Khamis, naik berbanding euro kepada 4.8621/8733 daripada 4.8744/8789 dan meningkat berbanding pound kepada 5.7282/7413 daripada 5.7431/7483 sebelum ini.

Mata wang tempatan turut diniagakan kebanyakannya tinggi berbanding mata wang Asean.

Related Posts

P.Pinang mohon kerajaan teliti semula strategi rundingan mengenai tarif AS

GEORGE TOWN – Kerajaan Persekutuan diminta supaya meneliti semula strategi rundingan dengan Amerika Syarikat (AS) susulan cadangan pengenaan tarif sebanyak 25 peratus ke atas eksport Malaysia. Ketua Menteri Pulau Pinang,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Projek mikroalga suntik inovasi baharu dalam industri Sabah

KOTA KINABALU – Memorandum Persefahaman (MoU) Projek Pembangunan Loji Janakuasa serta Penanaman Mikroalga di antara SAIP Sdn Bhd dan CCE Power Holdings Sdn Bhd dilihat sebagai usaha meningkatkan pembangunan hijau…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

KPKT umum RM34.2 juta bagi 8 projek pembangunan Sandakan tahun 2025

KPKT umum RM34.2 juta bagi 8 projek pembangunan Sandakan tahun 2025

AS gerak usaha ‘bawa’ Trump sempena Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47

AS gerak usaha ‘bawa’ Trump sempena Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47

RMK13 perlu fokus sektor agromakanan

RMK13 perlu fokus sektor agromakanan

DAP Sabah sokong tindakan SLS, tuntut hak 40% Sabah

DAP Sabah sokong tindakan SLS, tuntut hak 40% Sabah

Teraju Pahang slogan kosong Pas

Teraju Pahang slogan kosong Pas

MSN bukti keberkesanan pendekatan MOSTI pacu minat pelajar pada STI

MSN bukti keberkesanan pendekatan MOSTI pacu minat pelajar pada STI